Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, November 24, 2013

No Comment

SHAH ALAM – Salahuddin Ayub, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa diumumkan memenangi jawatan Naib Presiden PAS bagi penggal 2013-2015 selepas undi dikira semula pada Muktamar Ke-59 parti itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Asmuni Awi berkata Salahuddin dan Husam, yang merupakan penyandang jawatan itu, masing-masing menerima undi sebanyak 917 dan 520.

Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang memperoleh sebanyak 849 undi, katanya di sini, hari ini.

Mereka mengenepikan dua lagi pencabar jawatan itu iaitu Datuk Mahfuz Omar, penyandang naib presiden sebelum ini, dan Datuk Abu Bakar Chik, yang juga anggota Jawatankuasa PAS pusat.

Mahfuz dan Abu Bakar, masing-masing mendapat undi sebanyak 504 dan 364. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment