Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 30, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak menggesa kerajaan Perak mencontohi langkah kerajaan Johor menjadikan hari Jumaat sebagai cuti minggu di negeri tersebut.

Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, pihaknya akan menyokong penuh langkah itu sekiranya kerajaan Perak berhasrat berbuat demikian.

“DPP Perak berharap kerajaan negeri Perak mengkaji dan mencontohi kerajaan Johor menjadikan hari Jumaat sebagai cuti minggu.

“Kami secara terbuka menyokong usaha menjadikan hari cuti mingguan diubah kepada Jumaat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Raja Ahmad berkata, langkah Johor tersebut sesuai dilaksanakan di Perak kerana hari Jumaat merupakan `penghulu’ segala hari bagi agama Islam.

Malah, katanya, beliau yakin semua pihak di Perak bersetuju dengan cadangan tersebut sejajar dengan hasrat negeri itu melahirkan modal insan yang baik.

Media pada 23 November lalu melaporkan cuti hujung minggu di Johor akan ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu mulai 1 Januari depan.

Ia berikutan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mahu cuti pada `penghulu’ segala hari dan diambil peluang oleh umat Islam Johor memperbanyakkan amalan yang dituntut dan disunatkan.

0 comments:

Post a Comment