Kebiasaannya, rekaan kasut yang terdapat di pasaran adalah lebih kurang sama dari segi material dan bentuknya.
Ada yang direka khas untuk kesesuaian sesebuah majlis mahu pun ada yang santai dan selesa untuk digayakan pada setiap hari.
Bagaimanapun, hasil rekaan kasut daripada seorang artis dan pereka kasut dari Chile iaitu Sebastian Errazuriz sememangnya sangat unik dan menarik untuk digayakan.
Ini kerana dia telah mendapat ilham rekaan kasut itu daripada 12 wanita yang pernah menjalinkan hubungan dengannya.
Projek seni Sebastian itu digelar ’12 Shoes for 12 Lovers’ dan nama-nama setiap sepatu yang dihasilkannya itu turut diberi gelaran yang unik contohnya seperti Hot Bitch, Honey, The Virgin, Cry Baby dan Gold Digger.
Ternyata kisah putus cinta bukan sahaja memberikan ilham kepada pencipta lagu atau penulis lirik di seluruh dunia, sebaliknya turut memberikan manfaat kepada Sebastian untuk diolahkannya menerusi karya sepatu yang diciptanya itu.
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment