Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 29, 2013

No Comment

Sydney – Penyanyi remaja Justin Bieber semalam, diminta untuk membersihkan kekotoran selepas bintang pop berkenan didakwa menyembur graffiti di dinding sebuah hotel di Australia.

Datuk Bandar Gold Coast, Tom Tate, berkata penyanyi Kanada itu bersikap tidak hormat selain amat bodoh dan menghantar peralatan menanggalkan graffiti kepada Hotel QT di Surfers Paradise untuk penyanyi itu memperbaiki kerosakan yang dilakukannya.

Jika orang biasa melakukannya mereka akan menjalani hukuman khidmat masyarakat selama 80 hingga 100 jam. Bieber cuma perlu datang bersihkannya dan kami gembira dengan anda, kata Tate kepada Nine Network.

Dalam satu temubual berasingan di Brisbane Courier-Mail, Tate berkata: Suatu masa dulu kita pun pernah muda, tetapi tindakan yang beliau lakukan memang bodoh.

Bieber mempunyai peluang untuk berbuat baik. Saya memintanya untuk menerima bandar raya ini sama seperti peminat di Gold Coast ini menerima beliau.

Antara contengan yang dibuat Bieber termasuk hantu Pacman dan karektor kartun lain yang dilaporkan dilukis pada awal pagi Rabu lalu, selepas persembahannya di Brisbane.

Gambar disiar di Internet
Gambar graffiti terbabit disiarkan di internet termasuk Instagram dengan laporan menyebut Bieber dan pasukannya meninggalkan tin penyembur kepada pekerja pembersih.

Antara komen di instagram mengenai perlakuan negatif Bieber itu termasuk: Selebriti tidak sepatutnya bebas daripada undang-undang. Beliau perlu matang.

Pihak hotel bagaimanapun mempertahankan Bieber melalui Facebook dengan menyifatkan penyanyi itu sebagai seorang lelaki muda yang baik dan menyatakan bahawa penyanyi terbabit meminta kebenaran sebelum menyembur dinding itu.- AFP

0 comments:

Post a Comment