SEKITAR bulan Februari lalu, kecoh seketika dunia hiburan dengan penyebaran gambar-gambar kurang menyenangkan pelakon, Cico Harahap di Pulau Perhentian.
Dia dilihat dengan selambanya berparti memegang tin minuman keras selain bertatu di sebelah kiri bahunya.
Tidak dapat dipastikan samada ia hanya tatu sementara atau tidak, namun ia secara tidak langsung mengundang pelbagai persepsi negatif pada jejaka yang berstatus duda ini.
Selepas berbulan-bulan, Cico akhirnya membuka mulut mengenai perkara itu kepada portal hiburan Rotikaya.
Jelasnya, gambar itu diambil bersama peminat yang ingin bergambar dengannya sewaktu mengutip tin di bar.
“Di pulau tu, sepanjang-panjang pantai ada bar. Siang kerja kami sebagai jurulatih selam & bila malam pula kami kerja di bar tersebut — kutip tin”
“Jadi dalam pada saya tengah kutip tin tu, ada peminat nak bergambar dengan saya. Saya pun penuhi lah permintaan mereka. Alih alih gambar tu tersebar & keluar cerita sebegitu. Saya redha sahajalah,” ujarnya.
Oh, begitu ceritanya ya. Tak mengapalah. Dia bukannya berparti liar, tapi tengah bekerja. Anggap saja tin yang dipegangnya itu ialah tin kosong yang dikutipnya di bar itu.
Bak kata orang, fikir positif sajalah.
Oleh: ELZA
(Sumber asal: Rotikaya)
Atasi masalah RABUN DEKAT/JAUH/ SILAU SEKARANG!! Klik:
ReplyDeletehttp://tinyurl.com/spek-rabun