Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, November 28, 2013

No Comment

Rozita Che Wan atau Che Ta, 40, mendedahkan dia tidak akan bertemu dengan bakal suaminya, Zain Saidin sehingga tiba hari mereka diijabkabulkan pada 11 Disember depan.

Mengambil kira pantang larang orang tua dulu kala, Che Ta nekad mengambil pendekatan tersebut kerana dirasakan tidak manis untuknya jika selalu bertemu Zain, 29, lebih-lebih lagi menjelang hari pernikahan mereka.

“Kalau ikutkan Zain, dia nak jumpa tiap-tiap hari. Namun, pada saya rasanya ia tidaklah manis dan lebih baik kami bersabar dulu sehingga segala urusan majlis terutamanya upacara akad nikah selesai,” katanya memetik laporan Harian Metro, hari ini.

Majlis perkahwinan pasangan pelakon popular ini mendapat jolokan ‘Wedding of the Year’ apabila mendapat tajaan daripada 28 pihak penaja yang mencecah kos sebanyak RM13 juta.

Bercakap mengenai penerimaan kedua anaknya dengan perkahwinan itu, Che Ta mengatakan dia sudah berbincang dan memberikan penjelasan sebenar kepada mereka.

“Kasih sayang saya sebagai ibu kepada dua orang anak saya takkan sedikit pun berubah. Saya akan tetap menyayangi mereka selaku darah daging saya manakala, sayang pada Zain pula kerana dia suami saya,” katanya yang akan memastikan melapangkan diri untuk memasak pada setiap hujung minggu untuk keluarganya kelak.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment