Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 29, 2013

No Comment

NIAT Mek Yah Yusuf, 54, hanya satu, mahu melihat anak kandungnya yang cacat, Mohd Nor Abdullah mendapat kehidupan yang lebih baik apabila diserahkan kepada keluarga angkatnya 17 tahun lalu.

Namun, luluh hatinya tatkala membaca nasib malang yang menimpa anaknya melalui akhbar Harian Metro, Selasa lalu.

Bukan sahaja anak yang diamanahkan kepada keluarga angkat itu ‘dicampak’ kepada lebih 20 keluarga angkat lain, malah keluarga yang terakhir menjadikan Mohd Nor yang cacat kedua-dua belah tangannya sebagai pengemis.

Bagaimanapun, pemuda itu akhirnya melarikan diri dan menumpang sementara di rumah rakan dan pihak yang bersimpati kepadanya di Taman Wahyu, Kuala Lumpur.

Mek Yah yang sememangnya sudah lama mencari anaknya segera menghubungi pejabat akhbar tersebut bagi mendapatkan pengesahan dan ternyata naluri keibuannya cukup tepat.

Semalam, dua beranak itu disatukan semula di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL).

Tatkala melihat wajah Mohd Nor, berderai air mata sang ibu sebelum mendakap erat anaknya itu yang juga turut menangis teresak-esak.

Bertambah runtun jiwanya tatkala ditebak dengan soalan anaknya,” Kenapa mak buang Mat Nor? Macam-macam orang buat kat Mat Nor.”

“Emak tak ada niat macam tu nak… emak mintak maaf. Sabarlah nak, nanti Tuhan balas” pujuknya sambil menyapu air mata anaknya itu.

Tidak terdetik langsung di hati Mek Yah untuk ‘membuang’ Mohd Nor, namun kesempitan hidup tidak memberi pilihan kepadanya selain menyerahkan anaknya yang berusia empat tahun pada ketika itu kepada jiran.

Bukan juga tiada usaha yang dilakukan untuk menjejaki semula Mohd Nor, namun segalanya menemui jalan buntu kerana keluarga angkat anaknya sudah berpindah.

“Mama dah lama dah cari, tapi diorang bawak lari, bawak lari,” jelasnya.

Apa pun, pastinya pertemuan ini menjadi detik paling menggembirakan buat kedua-dua beranak ini dan hanya ucapan terima kasih yang mampu diberikan oleh Mek Yah kepada semua pihak yang membantu mereka.

Kami mengharapkan agar kehidupan Mohd Nor akan lebih baik bersama ibunya dan semoga tiada lagi kepahitan yang perlu ditempuhinya selepas ini.

0 comments:

Post a Comment