Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 30, 2013

No Comment

Selepas Nabila Huda ‘menyekolahkan’ peminatnya di Instagram berhubung gambar-gambar seksinya di laman tersebut, kini tiba giliran pengantin baru, Fizo Omar pula memberikan teguran dan penjelasan kepada peminat yang mengkritiknya.

Fizo sebelum ini ada memuat naik gambar dirinya yang berpelukan dengan kedua-dua adik perempuannya, namun peminat yang tidak mengetahui itu adalah adik kandungnya, terus melemparkan tohmahan mengatakan Fizo memeluk gadis yang bukan muhrimnya.

Lantas, suami kepada Mawar Karim terus memuat naik statusnya panjang lebar di Facebook, merungkai mengenai perkara tersebut.

Antara penjelasan Fizo ada menyebut, “Even dimuat naik gambar berpeluk mesra bersama adik kandung sendiri pun jadi isu, dihina dan dikutuk macam-macam”.

“Saya sebenarnya boleh terima teguran daripada anda semua sebab saya pun manusia biasa yang tak pernah lari daripada kesilapan tapi kalau nak menegur ada caranya bukannya memalukan sesiapa di laman sosial yang boleh dilihat berjuta orang,” luahnya lagi.

Itulah ‘haters’, sebelum membuat apa-apa spekulasi dan kritikan, apa kata selidik dulu sesuatu perkara itu sebelum menghentam tanpa usul periksa.

Kan, tak pasal-pasal Fizo dah ‘sound direct’ kat anda.



0 comments:

Post a Comment