Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 29, 2013

No Comment

London – Tandas dengan pemandangan indah ini dipilih sebagai tandas paling ekstrem di dunia.

Tandas ini digunakan pekerja di stesen cuaca terpencil di Kara-Tyurek, Pergunungan Altai dan terletak di cenuram setinggi 2,600 di atas paras laut.

Pekerja yang bekerja di stesen itu dikunjungi sebulan sekali oleh posmen yang mengumpul data cuaca dan helikopter yang menghantar makanan, air dan kayu untuk dijadikan bahan bakar pada setiap musim luruh.

Namun, mereka pasti memerlukan keberanian untuk menggunakan tandas menakutkan itu dan pastinya tidak kerap ke tandas ketika ditugaskan bekerja di stesen itu.

Tandas berbahaya itu sudah digunakan sejak 1939, di daerah yang bernama “Black Heart” dalam bahasa Altaya Selatan.

Satu kaji selidik terbaru mengenai tandas luar biasa di seluruh dunia mendapati tandas di Altai itu menduduki tempat pertama sebagai tandas paling ekstrem.

Tandas lain yang berkualiti turut dinamakan dalam kategori berbeza dalam kaji selidik itu. – Agensi

0 comments:

Post a Comment