Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, November 28, 2013

No Comment

SIMPANG AMPAT – Seramai 52,000 pesalah trafik dari seluruh negeri ini yang mempunyai waran tangkap, berikutan gagal hadir perbicaraan kes saman di mahkamah akan diburu.

Pegawai Turus Trafik dan Ketenteraman Awam negeri, Deputi Superintendan Mohd Sham Abdullah berkata, pengeluaran waran itu melibatkan pelbagai kesalahan trafik yang direkodkan sejak 2011 hingga tahun ini.

“Lebih 20 tangkapan telah dibuat sejak Isnin lalu dan pesalah terus dihadapkan ke mahkamah untuk menjelaskan saman mereka. Oleh itu, kita menasihatkan orang awam agar semak waran yang ada dan selesaikan segera saman tersebut.

“Walaupun sukar untuk kita menjejaki 52,000 pesalah ini, tetapi kita tidak akan gunakan kekerasan. Pesalah tidak akan digari, sebaliknya mereka perlu beri kerjasama yang baik,” katanya semasa Ops Warta bagi mengesan pemilik waran tangkap di sini, semalam.

Beliau berkata, antara kesalahan dilakukan termasuk tiada lesen memandu, memakir kenderaan di garisan kuning, memasuki laluan tidak dibenarkan dan tidak memakai tali pinggang keledar melibatkan saman yang ditandatangani pesalah.

“52,000 waran ini melibatkan saman yang diberikan sendiri kepada pesalah dan bukannya saman ekor.

“Polis memiliki alat mengesan rekod siapa yang memiliki waran di lokasi operasi dan tangkapan akan dilakukan serta membawa mereka terus ke mahkamah pada hari sama atau keesokannya,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi berkenaan, tiga individu ditahan kerana memiliki waran tangkap, dan salah seorang daripada mereka positif dadah.

Seramai 20 pegawai dan anggota polis trafik negeri, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Alam Sekitar negeri terlibat pada operasi berkenaan. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment