KUALA LUMPUR – Beberapa wakil badan bukan kerajaan (NGO) mesra pembangkang, Jingga 13 menghantar satu memorandum bantahan kepada Astro kelmarin.
Jingga 13 dalam satu kenyataan media memberitahu, memorandum itu bagi mendesak Astro membatalkan kenaikan caj untuk pakej keluarga dan sukan masing-masing RM2 dan RM6 sejak 24 November lalu.
“Astro baru-baru ini mengumumkan perolehan RM2.3 bilion untuk enam bulan pertama dalam tahun kewangan berakhir 31 Januari 2014 dengan peningkatan sebanyak 13 peratus peroleh.
“Justeru, tiada alasan untuk pihak Astri meningkatkan kadar bayaran perkhidmatan sekali gus membebankan pengguna,” dakwa kenyataan itu hari ini.
Dakwa kenyataan itu, Jingga 13 melihat tindakan Astro menaikkan caj secara sesuka hati kerana peniagaan televisyen berbayar di negara ini dimonopoli syarikat tersebut.
0 comments:
Post a Comment