Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 30, 2013

No Comment

SELAGI namanya manusia normal, selagi itulah kita akan punya rasa kasih terhadap bayi dan ingin melindunginya biarpun bukan anak sendiri.

Video ‘prank’ yang bakal anda saksikan ini memaparkan reaksi orang ramai yang diminta menjaga seorang bayi di sebuah taman oleh ‘ibunya’ untuk seketika.

Mereka yang menjaga bayi itu akan duduk memerhatikannya di sebuah bangku.

Dua orang kanak-kanak secara tiba-tiba muncul dan membuat aksi seolah-olah mereka akan menendang bayi itu sekaligus mencetuskan rasa panik di kalangan ‘penjaga’.

Bagaimanapun, ia hanyalah gurauan kerana apa yang ditendang ialah bola di belakang bayi itu, namun reaksi mereka yang ‘terkena’ pasti menimbulkan kelucuan.

Apa pun, itu tandanya ramai manusia masih punya rasa prihatin, betul tak?


Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment