PEMEGANG saham kedua terbesar Arsenal, Alisher Usmanov menyatakan sokongan penuhnya terhadap Arsene Wenger apabila meyakini pengurus veteran itu mampu membawa kelab berkenaan ke satu era baru.
Skuad kendalian Wenger itu kini menghuni tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas 12 perlawanan dengan mengumpul 28 mata, empat mata mengatasi dua pesaing terdekat, Liverpool dan Chelsea di tangga kedua dan ketiga berbekal 24 mata.
Manchester City dan Southampton mengumpul 22 mata di tempat keempat dan kelima manakala juara bertahan, Manchester United dan Everton di tempat keenam dan ketujuh dengan berkongsi 21 mata.
Arsenal mampu melebarkan kelebihan mata itu jika mereka berjaya menewaskan Cardiff City di gelanggang lawan, jam 11 malam ini memandangkan dua pencabar terdekatnya hanya akan turun beraksi malam esok – Liverpool bertemu Hull manakala Chelsea bertemu Southampton.
Biarpun Usmanov ada menulis surat terbuka mengkritik polisi perpindahan Arsenal pada tahun lalu, musim ini beliau berasakan ia satu langkah yang tepat apabila Arsenal membawa masuk Mesut Ozil, sekali gus yakin pasukan itu mampu menamatkan kemarau lapan tahun tanpa kejuaraan.
“Saya tak pernah mengatakan sesuatu yang buruk mengenai kelab atau individu tertentu. Saya katakan, pada pandangan saya, kami mampu melakukan bukan lebih baik, tetapi lebih efisien.
“Jika saya sebagai seorang peminat atau seorang pemegang saham dan pasukan saya berada di kedudukan nombor satu, sudah tentu saya berasa gembira. Saya harap kedudukan ini akan kekal sehingga hujung musim ini. Itu harapan saya untuk kelab ini.
“Kelab dan pasukan menampakkan kedudukan Wenger untuk menjadi nombor satu. Ini tanggungjawab Wenger dan visinya,” kata Usmanov.
Jadual EPL:
Hari ini
Aston Villa lwn Sunderland (11mlm)
Cardiff City lwn Arsenal (11mlm)
Everton lwn Stoke City (11mlm)
Norwich City lwn Crystal Palace (11mlm)
West Ham lwn Fulham (11mlm)
Newcastle lwn West Brom (1.30 pagi)
Esok
Tottenham lwn Manchester United (8 mlm)
Hull City lwn Liverpool (10.05 mlm)
Chelsea lwn Southampton (12.10 mlm)
Manchester City lwn Swansea (12.10 mlm)
0 comments:
Post a Comment