TEHRAN – Gempa bumi berukuran 5.7 magnitud yang menggegar pantai berdekatan loji nuklear tunggal negara itu menyebabkan tujuh orang terkorban dan 30 lagi mengalami kecederaan, semalam.
“Setakat ini, tujuh maut dan 30 orang yang cedera menerima rawatan di hospital,” kata Ketua Jabatan Kecemasan, Hassan Qadami. Gempa itu berpusat dekat Borazjan kira-kira 60 kiloemter dari Bushehr, lokasi reaktor milik Iran buatan Russia.
Iran pernah dilanda gempa bumi teruk pada Disember 2003 di selatan bandar Bam mengakibtkan 26,000 orang terkorban dan memusnahkan tempat suci purba. – AFP
0 comments:
Post a Comment