Nora Danish Tolak Tawaran Lumayan Demi Palestin
Kerana kekejaman Zionis yang menyerang penduduk yang tidak bersalah di Gaza, banyak aktiviti pemboikotan dilakukan oleh masyarakat seluruh dunia, tidak kira pangkat dan kedudukan.
Terbaru, pelakon Nora Danish dikatakan telah menolak tawaran yang lumayan berupa satu kontrak untuk menjadi jurucakap dengan bayaran ratusan ribu ringgit kerana keprihatinannya terhadap nasib rakyat di Palestin.
Laporan yang dipetik dari RotiKaya itu turut berkata, penolakan itu berlaku kerana produk yang mahukan khidmat Nora Danish itu secara langsung atau tidak langsung mempunyai kaitan dengan dana kewangan Israel.
Ternyata tindakan Nora Danish ini patut mendapat pujian. Rasanya jika ditawarkan wang ratusan ribu ringgit, ramai yang boleh kelabu mata - SiakapKeli.com
Huh? Apa kaitan rotikaya dengan israel? tension la zaman skang ni
ReplyDeletebaca elok2 sikit. laporan rotikaya pasal nora tolak tawaran tu. bkn rotikaya israel. mmg la x paham kalau baca pening2. hahaha
DeleteHihihi...tahniah nora danish.
ReplyDeleteJom singgah my page www.giefauziahvitashop.blogspot.com