Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 31, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR: Penyanyi Amy Search menyarankan agar lebih ramai artis baharu terutama golongan muda melibatkan diri dengan program-program sempena hari kemerdekaan.

Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, 56, berkata, pengaruh yang ada pada artis boleh memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan untuk menghargai nilai kemerdekaan yang dikecapi selama 57 tahun ini.

"Golongan artis muda seperti acuh tak acuh dengan program kemerdekaan sedangkan mereka tidak sedar jika tidak kerana kemerdekaan ini kita tidak berada di sini seperti hari ini.

"Sebagai artis sepatutnya kita perlu menjadi contoh dan tarik semula masyarakat terutama golongan muda untuk menanam semangat menyambut bulan kemerdekaan ini," ujarnya ketika ditemui selepas program Ops Gerak Merdeka, di PPR Kampung Baru Air Panas, di sini, Sabtu.


Program Ops Gerak Merdeka telah dijalankan selama tiga hari bermula pada Khamis lalu beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Turut menjayakan program tersebut ialah anak sulung penyanyi itu iaitu Nabila Huda, isteri Amy iaitu, Norhasniza Hassan atau Norish dan Nora Danish.

Acara yang bermula pada pukul 8 pagi itu menerima sambutan yang mengalakkan apabila penyanyi tersebut menyerahkan pelbagai jenis bendera dan Jalur Gemilang kepada penduduk kawasan tersebut.

Dalam pada itu, Amy berkata, program itu dijalankan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap semangat kibarkan Jalur Gemilang.

Sementara itu, katanya, sebagai seorang rakyat Malaysia yang lahir setahun selepas kemerdekaan, dia turut melalui perjalanan negara ini menjadi sebuah negara yang semakin membangun. - mStar online

0 comments:

Post a Comment