Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 31, 2014

No Comment

COPENHAGEN – Pemain nombor dua dunia Chen Long bertekad akan memberi kejutan kepada jaguh negara Datuk Lee Chong Wei pada final acara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia BWF 2014 di sini, Ahad.

Biarpun terpaksa mengharungi dua perlawanan sengit sebelum ini, pemain China berusia 25 tahun itu yakin dapat merangkul gelaran sulungnya pada kejohanan edisi ke-21 di sini.

“Saya akan cuba mengalahkan dia (Chong Wei) tetapi secara peribadi, saya percaya Chong Wei bukan pemain yang tidak boleh dikalahkan kerana saya pernah menentangnya beberapa kali sebelum ini,” kata Chen Long melalui seorang jurubahasa di sini, Sabtu.

Pada saingan separuh akhir, Chen Long dipaksa mengerah keringat sebelum mengesahkan slot ke final dengan mengatasi pemain Indonesia, Tommy Sugiarto, 22-16 dan 22-20 dalam pertarungan selama 71 minit.

Sebagai rekod, Chong Wei memiliki rekod 9-8 ke atas Chen Long.

Dalam pertemuan terakhir, Chong Wei menang 21-13 dan 21-17 ke atas pemain itu pada final Terbuka India di New Delhi, April lepas.

Dalam pada itu, Tommy berbangga dengan kejayaan mara sehingga ke separuh akhir walaupun menyasarkan dapat melangkah ke final pada kejohanan kali ini.

Katanya, kecederaan yang dialami pada pangkal paha pada pertengahan set kedua nyata membataskan pergerakannya, sekali gus memberikan peluang kepada Chen Long untuk memenangi perlawanan.

“Saya juga tidak mahu kalah tapi saya terpaksa terima hakikat pihak lawan lebih bagus.

“Saya cuma berusaha menggunakan tempo perlawanan untuk mendapatkan mata tapi keadaan saya tidak begitu mengizinkan pada set kedua,” kata Tommy yang mengintai pingat pada Sukan Asia 2014 di Korea Selatan bermula 19 Sept ini.

Sementara itu, Pengarah Berprestasi Tinggi Badminton Indonesia, Rexy Mainaky melihat Chong Wei lebih berpeluang untuk meraih kejuaraan dunia berdasarkan persembahan konsisten yang dipamerkannya sejak awal kejohanan.

“Chong Wei tahu mengawal rentak permainannya dengan bagus sekali ditambah dengan kelajuan beliau ketika beraksi dalam gelanggang.

“Jika ini beliau boleh praktikkan pada aksi esok, saya lihat beliau ada peluang cerah untuk muncul juara,” kata Rexy yang pernah menjadi jurulatih beregu di Malaysia.

Terdahulu, Chong Wei mara ke final selepas mudah mengalahkan pemain Denmark, Viktor Axelsen dengan keputusan 21-9 dan 21-7 pada separuh akhir. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment