Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 31, 2014

No Comment

KUCHING – Pasukan yang bercita-cita menjuarai kejohanan Piala Malaysia perlu menggunakan sebanyak mungkin pemain luar, di samping sedikit nasib yang menyebelahi mereka, kata ketua jurulatih Sarawak Robert Alberts.

Jurulatih dari Belanda itu berkata demikian bagi mengulas pencapaian lemah pasukannya musim ini kerana tidak dapat menggunakan sepenuhnya khidmat kesemua empat pemain importnya apabila penyerang dari Bosnia-Herzegovina Muamer Salibasic dan pemain Lubnan Hassan El Mohamed, mengalami kecederaan.

Musim lepas, Sarawak mara hingga ke separuh akhir kejohanan Piala Malaysia, tetapi musim ini ia menduduki tangga paling bawah dalam Kumpulan B setelah seri 1-1 dengan Perak malam tadi.

“Kami kehilangan khidmat Muamer sejak bermulanya musim ini lagi. Dia menjadi pemangkin bagi pasukan dari bilik enjin, yang menghantar bola kepada penyerang,” katanya.

Alberts berkata beliau tidak menggantikan Muamer ketika pintu perpindahan dibuka kerana doktor memberi jaminan pemain itu akaa dapat beraksi kembali.

“Kalaulah kami ada pemain berkaliber seprti Muamer dan Gabor (Gypes) serta Ryan (Griffiths), tentu kami mencatat prestasi lebih baik dalam kejohanan Piala Malaysia musim ini,” katanya.

Menurut beliau pasukan Sarawak kehilangan daya sambungan kerana tiada pemain tempatan yang mampu menghantar bola seperti Muamer kepada penyerang untuk membuat jaringan.

Mengenai keputusan seri dengan Perak, Alberts berkata keputusan itu tidak sepatutnya berlaku.

“Saya rasa kami sepatutnya menang perlawanan itu kerana kami menguasai permainan dan mendapat beberapa peluang baik untuk menjaringkan gol, tapi pemain kami tidak memanfaatkannya,” kata Alberts.

Beliau berkata demikian bagi merujuk kepada dua peluang keemasan yang terlepas begitu sahaja apabila rembatan Akhmal Rizan dan Lot Ali Hassan di depan pintu gol Perak yang ternganga luas, tersasar.

Ditanya sama ada gol jaringan Perak pada minit ke-17 merupakan hasil daripada ‘off-side’, Alberts berkata: “Kalau mengikut video, begitulah, tapi dari sudut lain, mungkin bukan off-side, itupun kalaulah penjaga garisan berada di kedudukan sepatutnya.”

Alberts bagaimanapun berkata gol penyamaan itu mengecewakan pemain Sarawak kerana bantahan mereka tidak dipedulikan pengadil. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment