Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 22, 2013

No Comment

Penyanyi rap terkenal, Eminem dilaporkan sudah berbaik dan berkemungkinan besar merujuk semula dengan bekas isterinya, Kim Scott Mathers.

Ibu Kim, Kathy Sluck mendedahkan kepada RadarOnline, kini hubungan kedua-duanya sudah pulih seperti dulu kala.

Malah, Eminem juga sudah membina sebuah rumah banglo khas untuk Kim yang terletak hanya lima kilometer daripada rumahnya sendiri.

Eminem atau nama sebenarnya, Marshall Bruce Mathers III berkahwin dengan Kim pada 1999, kemudiannya bercerai pada 2001.

Namun, mereka berkahwin semula pada 2006 dan bercerai pada tahun yang sama juga.

Perkahwinan mereka musnah akibat pengaruh dadah dan perbuatan curang Kim sebelum ini.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment