Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, June 1, 2014

01
Jun2014
No Comment

KUALA LUMPUR – Jenazah bekas Pengerusi Maybank Tan Sri Mohamed Basir Ahmad selamat dikebumikan pada 5.45 petang di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini hari ini.

Terdahulu, jenazah beliau yang tiba di Pangkalan Tentera Udara Subang dari Singapura pada 2.55 petang, disembahyangkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab di Bukit Damansara.

Mohamed Basir, 75, yang juga suami bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz, meninggal dunia pada 3.51 pagi di Hospital Besar Singapura akibat serangan jantung.

Adik ipar Allahyarham, Datuk Azman Aziz, berkata Mohamed Basir dan keluarga sedang bercuti di negara jiran itu.

“Pada Jumaat lalu, abang ipar saya rebah selepas mengalami sesak nafas dan terus dikejarkan ke Hospital Besar Singapura untuk mendapatkan rawatan,” katanya kepada pemberita di Masjid Saidina Umar Al-Khattab hari ini.

Turut hadir menziarahi jenazah Allahyarham di masjid itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamad.

Azman berkata Mohamed Basir menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) pada 11 malam hari yang sama, bagaimanapun meninggal dunia pagi tadi.

Allahyarham menjadi Pengerusi Maybank selama 16 tahun, bermula sebagai Pengarah pada 5 Ogos 1993 selepas berkhidmat sebagai Penasihat Bank Negara Malaysia sejak 1980.

Selain isterinya Rafidah, Allahyarham meninggalkan seorang anak lelaki Alfian, dua anak perempuan Rohaiza dan Rohaila serta lima cucu.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment