Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 23, 2013

No Comment

KUANTAN – Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang berjaya menumpaskan sindiket menyeludup minyak diesel untuk penjualan komersial di daerah ini.

Ketua Pegawai Penguat kuasa negeri Abdul Kadir Al-Jailani Mohd Sharif berkata KPDNKK bertindak menahan sebuah lori tiga tan yang baru selesai mengisi minyak diesel seberat 1,100 liter bernilai RM2,200 di sebuah stesen minyak, di Indera Mahkota di sini tengah hari tadi.

Katanya, turut ditahan dua lelaki yang merupakan pemandu dan kelindan lori berusia sekitar 30-an.

“KPDNKK telah menyiasat selama sebulan dan dan telah mengekori kegiatan lori terbabit yang menyeludup minyak diesel secara haram di daerah ini.

“Tangkapan pada pukul 12.30 tengah hari itu dilakukan sebaik mereka selesai memuatkan tong yang diubah suai di tempat penyimpanan barang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Kadir berkata, sebelum ini sindiket terbabit hanya menggunakan tong dram untuk menyeludup diesel namun pihaknya berjaya mengesan taktik terbaharu tersebut.

“Walau apapun teknik yang digunakan individu atau syarikat menyeludup minyak diesel ini, kami yakin dapat menumpaskan operasi mereka,” katanya.

Katanya, ini merupakan tangkapan ke-20 sepanjang tahun ini dengan jumlah rampasan minyak diesel sebanyak 17,900 liter bernilai RM323,997.

“Jika sabit kesalahan individu atau syarikat terbabit akan dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan akan dikenakan penalti maksimum RM250,000 atau tiga tahun penjara,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment