Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, July 11, 2014


KULAIJAYA – "Cikgu disiplin secara tiba-tiba masuk ke surau dan mendengar suara saya, lalu bertindak menumbuk perut serta menampar pipi saya."

Demikian penjelasan seorang pelajar yang sebelum ini didakwa menumbuk gurunya selepas ditegur kerana membuat bising di dalam surau sekolah itu, 22 Mei lalu.


Sebelum ini, kecoh di laman sosial berikutan tersebar gambar guru lelaki berusia 30-an yang cedera di muka akibat dipukul remaja terbabit.

Pelajar terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Ali mendakwa, guru disiplin itu terlebih dahulu bertindak menumbuk dan menamparnya.

Pada awalnya, kata Ali, dia terkejut lalu meninggikan suara setelah ditolak oleh beberapa rakan sebelum kejadian.

“Selesai solat saya cari guru itu dan berlaku pertengkaran antara kami. Disebabkan terlalu marah, saya menumbuknya. Kemudian saya dibawa masuk ke pejabat," katanya.

Ali berkata, ketika dalam pejabat, datang seorang guru lain dan seorang kakitangan sekolah yang bertindak kasar terhadap dirinya.

“Saya ditarik ke satu tempat lain pula dan guru tersebut bertindak mencekik leher saya serta kepala saya ditolak ke dinding. Kakitangan sekolah itu pula bertindak menyenggol bahu saya dan naikkan pehanya ke perut saya.  

“Selepas itu, enam anggota polis datang dan saya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya untuk siasatan hingga tamat jam 10 malam.

"Saya memberitahu dua rakan saya yang lain turut menjadi saksi kerana melihat kejadian itu,” katanya ketika memberi aduan di Pejabat Adun Bukit Batu, Jimmy Puah Wee Tse, semalam.

Sementara itu, ibu Ali berkata, selepas insiden, dia dipanggil pihak sekolah dan ketika perbincangan, dia mengetahui anaknya turut dicekik.  

“Saya tidak tahu bagaimana gambar dan berita berkenaan tersebar keesokan harinya. Kemudian, isu ini turut menjadi bahan berita di akhbar, pelbagai komen negatif diterima.

“Ketika perbincangan kali kedua bersama pihak sekolah, Jabatan Pendidikan negeri, Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan Pejabat Pendidikan daerah, saya minta perkara ini diberi penjelasan.

"Mereka janji buat sidang media untuk menceritakan perkara sebenar, namun hingga kini tiada tindakan," katanya.

Tambahnya, lebih mengecewakan, anaknya yang digantung sekolah dua hari tetapi kemudian menerima surat dibuang sekolah mulai 29 Mei.

"Saya sedar anak saya bersalah, cuma kesal dia tidak diberi keadilan dan peluang membela diri,” katanya yang dalam proses memohon sekolah madrasah bagi meneruskan persekolahan anaknya.

Dalam pada itu, Jimmy  berkata, pihaknya telah menghubungi pihak sekolah untuk mendapatkan penjelasan lanjut perkara ini, namun hingga kini tiada maklum balas dan penyelesaian diambil.

“Remaja ini baru berumur 14 tahun dan kami risau masa hadapannya. Sepatutnya dia diberi peluang membela diri. Kita mahu tindakan diambil mengikut prosedur betul,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Pelajaran Johor, Md Hasidin Zaini berkata, tindakan sewajarnya telah diambil pihak sekolah berhubung isu berkenaan mengikut tatacara disiplin diperuntukkan.

“Ibu bapa pelajar terbabit telah dipanggil pihak sekolah untuk membincangkan perkara ini. Selepas diberi surat berhenti, ibu bapa boleh buat rayuan kepada jawatankuasa sekolah,” katanya.- Sinar Harian

2 comments:

  1. budak2 sekarang perangai mcm laknat..

    ReplyDelete
  2. betul tu!!!..., bdk2 sekarang perangai mcm ...xxxxx..
    Guru2 Disiplin pula, semuanya berperangai sebijik macam malaikat yang diturunkan dari syurga...

    ReplyDelete