Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, July 24, 2014

No Comment

DOHA: Soal sama ada gencatan senjata yang dicadangkan oleh Mesir diterima oleh Hamas ataupun tidak, sebenarnya bergantung pada kesediaan pihak lain untuk menarik balik sekatan terhadap penduduk di Gaza. 

Pemimpin Hamas, Khaled Meshaal mahukan agar sekatan selama lapan tahun itu serta sempadan Rafah antara Mesir dan Israel dibuka bagi membolehkan banduan dibebaskan. 

Meshaal menegaskan Hamas “sentiasa mengalu-alukan segala usaha bagi menamatkan keganasan” dan “tidak menentang” sebarang usaha oleh mana-mana pihak termasuk Mesir. 

“Cuma kami tidak akan terima sebarang inisiatif yang tidak menarik balik sekatan ke atas orang kami kerana ia tidak menghormati pengorbanan kami,” katanya. 

Katanya, Hamas hanya menolak cadangan gencatan senjata yang memihak kepada Israel. 

Meshaal menegaskan cadangan Mesir itu, yang disokong oleh Amerika Syarikat, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab membenarkan Israel menentukan bila untuk membuka sekatan di Gaza. 

“Biarlah kami menyetujui permintaan kami dan kemudian baru bersetuju untuk gencatan senjata,” kata Meshaal. 
Beliau merayu kepada masyarakat antarabangsa dan badan bukan kerajaan (NGO) agar dapat tampil membantu Gaza dan tidak menunggu sehingga peperangan berakhir. 

“Saya gesa pembukaan laluan di sempadan berkenaan bagi membolehkan konvoi yang menghantar bantuan masuk ke Gaza, yang memerlukan minyak, makanan dan bekalan elektrik,” kata Meshaal. 

Tegasnya: “Kami lebih cenderung untuk memberi tumpuan kepada gencatan senjata bagi tujuan kemanusiaan, seperti menghantar mangsa yang tercedera ke pusat perubatan dan membantu orang ramai.” 

Meshaal menegaskan Hamas mahukan “keganasan dihentikan esok, hari ini, ataupun pada saat ini. Tapi tarik balik sekatan dan bukan sekadar berjanji bagi rundingan masa hadapan,” katanya. 

Konflik selama 16 hari di Gaza itu setakat ini mengorbankan 695 rakyat Palestin, 34 Israel dan seorang pekerja Thai. - AFP 

0 comments:

Post a Comment