Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, July 13, 2014


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menafikan isu sebuah pasar raya yang menjual ayam tebuk dan tidak disembelih di Shah Alam.

Muhammad Naim Mohd Aziz, Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim menyebut bahawa pihaknya dan beberapa badan bertanggungjawab telah memeriksa pasar raya berkenaan dan mendapati ayam yang dibekalkan di pasarraya tersebut adalah halal dan mengikut kehendak Syarak.

"Kita mendapati pembekal ayam ke pasar raya ini kesemuanya adalah pemegang sijil halal yang sah dan tidak ada sebarang keraguan yang timbul. Justeru Jakim ingin menasihati orang ramai supaya tidak ragu dan bimbang terhadap produk yang dijual di pasar raya ini kerana ia mempunyai sijil dan logo halal yang disahkan Jakim," katanya kepada pemberita selepas menjalankan pemeriksaan di pasar raya berkenaan, Sabtu.

Beliau berkata pemeriksaan dibuat setelah pihaknya menerima laporan tentang penyebaran foto seekor ayam yang ditebuk di tengkuk dan tidak disembelih tersebar luas di laman sosial pada Jumaat - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment