Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, October 27, 2014

30 comments



Kuala Lumpur, 27 Okt - Keadaan menjadi tegang di Universiti Malaya setelah pintu masuknya telah dipagar bagi menghalang orang ramai dari masuk untuk mengikuti ceramah Anwar pada malam ini.


Pemimpin pelajar berucap memohon dibukakan pintu pagar UM. Masuk! Masuk! Masuk! Jerit pelajar. 



Keadaan juga menjadi semakin tidak terkawal setelah beberapa penyokong yang berkumpul mula bercakap-cakap untuk merempuh pintu pagar UM.





Ceramah yang dijadualkan bermula pada 8.30 malam itu bagaimanapun masih belum bermula apabila kelibat Anwar masih lagi belum kelihatan(8.45 malam).

Pihak Universiti Malaya sebelum ini menyatakan program ceramah dari Anwar sempena rayuan kes liwatnya di Mahkamah Persekutuan esok tidak mendapat kebenaran dari pihak universiti.

Berita lanjut menyusul..- SiakapKeli.com

UPDATE
10:32 pm : Anwar selesai memberi ucapannya. Orang ramai mula bersurai dan ada yang mengiringinya keluar ke pintu pagar UM

10:05 pm: Anwar Ibrahim mula berucap di tapak perhimpunan.


9.58 pm: Tempat perhimpunan menjadi gelap dipercayai kerana lampu dipadam dan Anwar Ibrahim dikatakan berada di celah-celah orang ramai.

9:53 pm : Lebih kurang 2,000 orang dilaporkan berada didalam kampus UM


9.30 pm : Anwar tiba di pintu pagar UM ditemani oleh isterinya



9.28 pm: Pelajar berarak ke arah dewan UM untuk menunggu ketibaan Anwar Ibrahim.


9.20 pm: Pintu pagar Universiti Malaya telah dirempuh dan roboh.

9:07 pm:  Dilaporkan kira-kira 700 orang dilaporkan berada di perkarangan UM sekarang.

Video ketika pintu pagar UM dirobohkan.


30 comments:

  1. bodoh la dorg nie dpt msuk u pun spe yg tlong anuar ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bodoh la mama intan ni..ko ingt jibby tolong ke?

      Delete
    2. hmmm.. kami student... so kami pun nak tau apa masalah kerajaan yg sebenar... dah bnyk kroni2 mereka melakukan kesalahan, cuma diselindung drpd pandangan rakyat...

      Delete
    3. anuar lupe isi UPU.. tu yg nk masuk x lepas

      Delete
    4. macai ditek la mama intan ni. Belajar sejarah perundangan dan fakta politik dulu sebelum nk mengata sape2..Orang yg mengkaji fakta politik je akan tahu di mana kebenarannye..bukan pikir BR1M je tros menyokong.Fikir2 kan.

      Delete
  2. Allah tolong kami msok u, knpa? Problem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menceroboh itu sifat yg disukai ALLAH?Simpan la sikit bodoh kau tu

      Delete
    2. Kau tu bijak sangat ke. Oh lupa. umno kan. heheh, terasa ke

      Delete
    3. memang la betul, tapi jgn cakap orang bodoh.Mencaci maki itu sifat yang disukai ALLAH? Simpan la sikit bijak kamu tu ~~

      Delete
    4. Israel dapat masuk Palestin. Your argument is invalid. Oleh sebab Allah benarkan sesuatu berlaku bukan bermakna Allah suka. Your argument is invalid

      Delete
  3. dah namanya student g la blaja smpai pandai..ini kerja korang paduhal sian mak bapa kat umah doakan korang selama ini.. inilah namanya stupid but schooling..tsk tsk tsk

    ReplyDelete
    Replies
    1. there is no such term as "stupid but schooling"

      Delete
    2. Hahaha.. kaw ni sahabat a samad said ke? Pengasas bahasa2 baru eh.. bgos2.. x sia2 dlu g belajar.. nnti ade rezeki lebih.. aq harap sngt kaw dapat menerbitkan kamus dewan bahasa dan pustaka dgn bahasa2 kaw.. msti menarikk..wakaka.. such a pity girl.

      Delete
    3. ni mesti geng2 baru lepas kecoh dpn gate kan? aku tak kenal samadla.. bapa kau? jiran sbelah umah ? bapa ayam eh..? ada haku kecah.. lain kali gtahu sama anuar g buat ceramah dpn gate umah dia plak...korang blh bersila smbil2 pimpin tangan beramai2.. k :D

      Delete
    4. kesian kat kau dik..muke ngan otak same bodoh

      Delete
    5. This comment has been removed by the author.

      Delete
    6. ko patut kesiankan budak2 yg kecoh depan gate nak glamor masuk tv bukannya kat aku yg bodo kat dlm ni..yang pasti aku tak sebodoh dorang.. at least belajarla sampai berjaya jd menteri pengangkutan ka..menteri kesihatan ka..tak pun nak jadi menteri jamban pun boleh.. ini faedah ka??? bangang

      Delete
  4. rasanya kan lg bagus kalau depa ceramah kt tempat yg bukan u. kesian dak2 tu nak blaja kan da kecoh

    ReplyDelete
  5. Dah tau nk masuk Penjara tu . gagah nk buat ceramah kat UM ..... buat la tempat lain ..
    boleh aq join dengar kata2 terakhir wtf bbq GG tangina mo bobo

    ReplyDelete
  6. Anuar sengaja nak buat ceramah kat U sebab dia tau bebudak U muda, emosional dan senang dipermainkan emosinya.kesian bebudak tu...kalau dia orang fikir puas hati dapat menentang kerajaan dengan cara ni dia orang silap sebab diperkudakan Anuar. Pentadbiran U akan ambil tindakan berdasarkan peraturan mereka. Kau org belajar betul2 sampai dapat degree kemudian barulah join mana2 parti kalau tak puas hati....kalau kena tindakan kesian mak bapak kau orang akibat ikut perasaan kau orang yang dipermainkan Anuar...

    ReplyDelete
  7. Ermmm.....ragam manusia....berpelajaran..kurang akal...tidak juga...terlampau ikut perasaan barangkali....apabuli buat...itula sifat yg ada pada manusia...relaks dan tenang2 hendaknya semua....semoga AMAN....
    .

    ReplyDelete
  8. Tahu tak kenapa UM dipagar? Inilah sebabnya. Sekali kena sorang pelajar dirompak tak pun dicederakan siapa nak tanggung? Jangan jadi Niccolo Machiavelli.

    ReplyDelete
  9. pegi lha buat dekat tmpat lain . nie x , nak jugak dekat UM . Tuan rumah dah tutop pintu pun masih nak ceroboh jugak , XTAHU MALU KA ??

    ReplyDelete
  10. Insyallah banyak lagi cara yang baik selain apa yang terjadi. Siapa pun kamu semua, pihak mana sekali pun, ini bukan cara yang terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.... kenapa jadikan Malaysia dengan cara begini? kenapa biarkan pengikut ganas camtu? pemimpin kasi le nasihat..."anak-anak jangan ganas"... ada cara lain yg lebih baik...

      Delete
  11. boleh ke pusat institusi dijadikan gelanggang berceramah politik?

    ReplyDelete
  12. aku mmg kecewa ngn bangsa aku sendiri ni.. serious kecewa. disebabkan politik ni melayu berpecah belah. aku tengok melayu je ramai dlm video ni. bangsa lain hanya lihat dan gelak tengok kebodohan org melayu ni.

    ReplyDelete
  13. Betul kata khairy, isu anuar bukan masalah ekonomi atau pendidikan yg perlu dibincangkan di pusat pendidikan, tp ia menjurus kepada masalah peribadi beliau. perlukah kita sebagai rakyat untuk campur tangan. Biarkan lah institusi kehakiman yg menjalankan tangungjawab ini..

    ReplyDelete