Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, October 27, 2014

No Comment

RIO DE JANEIRO – Presiden Dilma Rousseff berjaya mempertahankan jawatannya bagi penggal kedua dalam pilihan raya semula presiden semalam, mengalahkan pencabarnya, Aecio Neves.

Rousseff, presiden pertama wanita di Brazil, memperoleh kemenangan dengan majoriti tiga juta undi atau 51.6 peratus selepas 99 peratus undi dikira.

Berusia 66 tahun, anak perempuan kepada seorang usahawan pendatang dari Bulgaria itu berikrar akan melakukan pembaharuan politik menerusi dialog dan melakukan perubahan seperti dikehendaki rakyat Brazil.

“Pembaharuan paling penting adalah berkaitan politik. Presiden ini adalah terbuka kepada dialog. Ini adalah perkara paling utama dalam mandat kedua saya,” kata Rousseff, yang diiringi bekas presiden yang juga pernah memegang jawatan itu selama dua penggal, Luiz Inacio Lula da Silva.

Selepas memimpin selama empat tahun melalui pertumbuhan ekonomi lembap yang mengakibatkan kemelesetan, beliau mengakui kad laporannya sendiri perlu diperbaiki.

“Saya ingin menjadi presiden lebih baik berbanding sebelum ini,” tegasnya pada satu perhimpunan, sambil menyeru agar wujud keamanan dan perpaduan berikutan kempen pilihan raya itu.

Kempen pilihan raya itu adalah yang paling pahit sejak demokrasi dipulihkan pada 1985 berikutan pemerintahan tentera selama dua dekad di Brazil.

Calon yang tewas, Neves juga berkata perkara utama sekarang adalah untuk menyatukan semula rakyat. – AFP

0 comments:

Post a Comment