Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, October 27, 2014

No Comment

VIENNA, Austria – Jumlah orang yang dijangkiti virus maut Ebola di seluruh dunia meningkat melepasi angka 10,000 orang, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin.

Menurut badan dunia itu, seramai 10,141 orang telah disahkan dijangkiti demam Ebola berbanding anggaran 9,000 kes sebelum ini.

Badan kesihatan global itu menambah, setakat ini, seramai 4,922 orang turut meninggal dunia akibat epidemik itu yang paling teruk melanda Guinea, Liberia dan Sierra Leone di Afrika Barat.

WHO bagaimanapun menyatakan, tiada kes atau kematian baharu berkaitan Ebola dicatat di Liberia sejak tiga hari lalu.

Namun, di Sierra Leone situasi sebaliknya berlaku apabila hampir 200 kes baharu Ebola dilaporkan di negara itu.

Sepanjang tempoh tiga hari lalu juga menyaksikan 22 kematian akibat virus tersebut, kata WHO.

Walaupun Ebola paling teruk melanda Afrika Barat, jangkitan virus itu turut direkodkan di Amerika Syarikat, Sepanyol dan Mali.

Sementara itu, pihak berkuasa di New York dan New Jersey menyatakan kelmarin bahawa mana-mana doktor dan jururawat yang tiba di dua negeri di AS itu selepas merawat pesakit Ebola di Afrika Barat akan dikuarantin selama tiga minggu untuk mengekang penularan virus tersebut.

Sementara itu, Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Samantha Power berkunjung ke Guinea semalam selain akan turut melawat Liberia dan Sierra Leone.

“Dengan mengunjungi negara-negara ini, saya dapat melihat sendiri apa yang berlaku di tiga negara paling dahsyat dilanda Ebola ini. Manfaatnya lebih besar daripada risiko dengan syarat saya berwaspada,” kata Power. – Agensi

0 comments:

Post a Comment