Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, October 24, 2014

No Comment

SEORANG wanita bertindak mencucuk dua biji matanya dengan niat untuk membunuh diri namun percubaan itu gagal.

Dia segera dikejarkan ke Pusat Perubatan County-USC Loa Angeles untuk menerima rawatan, memetik portal dailymail.co.uk

Seorang jururawat di pusat perubatan tersebut kemudiannya telah mengambil kesempatan untuk mengambil gambar mangsa yang sedang cedera parah dengan pensil dimatanya, bukan untuk simpanan peribadi tetapi diviralkan di media sosial.

Wanita dikenali sebagai Jane Doe cuba bunuh diri dengan mencucuk matanya tetapi gagal.
Kejadian itu berlaku kira-kira dua tahun lalu. Kini mangsa, Jane Doe yang buta kedua-dua mata memfailkan saman ke atas hospital dan jururawat terbabit kerana tidak beretika menjalankan tugas.

Saman itu difailkan Isnin lalu oleh penjaganya, David Bliss. Mangsa mendakwa pusat perubatan itu mendedahkan maklumat perubatannya, cuai dan berniat memberikan mangsa gangguan emosi serta tidak amanah dalam menjalankan tugas.

Suspek, seorang jururawat dikenali sebagai Linda Shivers
Tuntutan mahkamah itu percaya, jururawat terbabit, Linda Shivers mengambil gambar tanpa kebenaran dengan pensil kuning terjojol di biji mata mangsa dan berkongsi dengan anaknya dikenali sebagai Joshua Shivers.

Ekoran dari muat naik gambar itu, mangsa yang menutut di sebuah kolej dan mengikuti kelas membaca Braille untuk memulihkan dirinya menjadi tertekan apabila ramai yang memperkatakan tentang kejadian itu.

Anak suspek, Joshua Sivers dikatakan memuat naik gambar mangsa ke laman sosial.
Tuntutan mahkamah itu percaya, jururawat terbabit, Linda Shivers mengambil gambar tanpa kebenaran dengan pensil kuning terjojol di biji mata mangsa dan berkongsi dengan anaknya dikenali sebagai Joshua Shivers.

Ekoran dari muat naik gambar itu, mangsa yang menutut di sebuah kolej dan mengikuti kelas membaca Braille untuk memulihkan dirinya menjadi tertekan apabila ramai yang memperkatakan tentang kejadian itu.

0 comments:

Post a Comment