‘Ginger Jihadist’ Muncul Dalam Video Kedua IS
CANBERRA – Seorang remaja yang hilang dari rumahnya yang digelar media sebagai ‘Ginger Jihadist’, dipaparkan di dalam video propaganda kedua kumpulan Negara Islam (IS).
Media Australia melaporkan, video YouTube terbaharu itu menunjukkan Abdullah Elmir, 17, berpakaian Arab dan memegang sepucuk raifal.
Abdullah hilang dari rumahnya di Sydney Jun lalu dan memberitahu keluarganya dia ingin pergi memancing.
Dia kemudian muncul dalam video pertama IS minggu lalu yang memberi amaran bahawa pergerakan terbabit tidak akan menghentikannya perjuangan sehingga bendera hitam kumpulan ekstremis itu berkibar di setiap negara.
Akhbar News Corp Australia melaporkan, video terbhaaru itu dirakam di Sungai Tigris di Mosul, Iraq. – AP
0 comments:
Post a Comment