Peragut ‘Makan’ Penampar
Kajang: Seorang peragut 'dihadiahkan' tinju dan penampar oleh orang ramai yang geram selepas suspek diberkas sejurus cuba meragut rantai emas seorang wanita.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam, suspek lelaki berusia 20-an itu dikesan menjadikan seorang wanita berusia 40-an sebagai sasaran berhampiran Jalan Bukit di sini.
Sumber polis berkata, suspek dikesan cuba meragut rantai emas mangsa yang ketika itu sedang berjalan bersendirian.
"Suspek yang menunggang motosikal bertindak menarik rantai emas milik pada leher mangsa menyebabkan mangsa menjerit dan cuba melawan.
"Mangsa bagaimanapun enggan mengalah apabila bergelut dengan suspek sambil menjerit meminta tolong," katanya.
Dia berkata, orang ramai yang mendengar jeritan mangsa kemudian bertindak datang membantu sebelum menahan suspek.
"Suspek kemudian dibelasah dua lelaki sebelum tiga lagi lelaki yang berada di kawasan berhampiran turut membantu memukul mangsa hingga rebah.
"Suspek kemudian diikat orang ramai sebelum diserahkan kepada anggota polis yang dimaklumkan berhubung kejadian itu," katanya.
Sementara itu jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang ketika dihubungi mengesahkan berhubung penahanan peragut terbabit dan siasatan lanjut sedang dilakukan.
Menurutnya, uspek dipercayai turut terbabit dengan beberapa kes ragut di daerah ini dan pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap suspek warga tempatan itu. - Harian Metro
0 comments:
Post a Comment