Bakar Mayat Dalam Kereta Di Kebun Kelapa Sawit
Banting – Polis meminta sesiapa yang kehilangan anggota keluarga supaya tampil bagi mengecam dan menuntut mayat seorang individu yang ditemui rentung di kebun kelapa sawit Batu 9, di sini, 18 September lalu.
Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, mangsa dewasa yang tidak diketahui jantinanya ditemui dalam but sebuah kereta Proton Waja tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.
Difahamkan, hasil siasatan mendapati Proton Waja berkenaan pernah dilaporkan hilang di Seksyen 22, Shah Alam, sebelum ia ditemui rentung bersama mayat individu terbabit.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azman Abdul Razak berkata, sekiranya ada individu yang menuntut jenazah mangsa, ia dapat membantu siasatan kes terutama mengenal pasti suspek dan motif kejadian.
“Hasil siasatan mendapati mangsa pernah menjalani pembedahan kerana adanya klip besi beserta skru pada tengkorak bahagian dahi sebelah kanan di kepalanya, selain plat besi di tulang tangan kanan. – myMetro Online
0 comments:
Post a Comment