Lelaki Kudung Mengaku Rogol Anak Saudara
KOTA BHARU - Seorang lelaki kudung tangan kanan mengaku salah atas tuduhan merogol anak saudaranya, di mahkamah sesyen, di sini, sebentar tadi.
Penganggur berusia 56 tahun tersebut mengaku dituduh merogol remaja yang ketika itu berusia 16 tahun di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Dabong, Kuala Krai.
Kejadian berlaku pada jam 2 pagi hingga 4 pagi, Julai, tahun lalu.
Hakim, Mohd Yusoff Yunus menetapkan 10 November depan untuk fakta dan hukuman. Jaminan tidak dibenarkan.
Dalam perkembangan lain, seorang penoreh getah juga dari Dabong, Kuala Krai mengaku tidak salah, dua kali merogol anak kandungnya ketika mangsa berusia 15 dan 17 tahun.
Kejadian pertama berlaku di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Slow Pak Long, pada jam 1 pagi, September 2011, manakala kejadian kedua, di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Serasa Sri Mahligai, pada jam 12 tengah malam, 27 Mei lalu.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 2 Disember depan, sementara tertuduh tidak dibenarkan jaminan kerana tinggal serumah dengan mangsa. - Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment