BUKIT MERTAJAM, 28 Sept (Bernama) -- Seorang penganggur yang cedera parah dipukul orang ramai kerana mencuri sebuah telefon bimbit milik seorang pemandu lori Jumaat lepas, meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam (HBM) di sini, awal Ahad.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Rusli Mohd Noor berkata mangsa, Ooi Sim Guan, 38, mati pada pukul 12.40 pagi ini selepas kira-kira 36 jam tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di hospital berkenaan.
"Dalam kejadian pada pukul 2 petang Jumaat lepas, mangsa telah menahan sebuah lori di tepi jalan di Taman Sejahtera di sini dan memberitahu pemandu berkenaan dia ingin menumpang ke Bandar Bukit Mertajam.
"Pemandu lori berkenaan yang berusia 33 tahun yang sedang dalam perjalanan ke Kulim kemudian membenarkan mangsa menaiki lorinya namun selepas satu kilometer, mangsa memaklumkan ingin turun," katanya pada sidang akhbar di sini Ahad.
Beliau berkata selepas lelaki itu turun, pemandu lori berkenaan menyedari telefon bimbitnya yang diletakkan dalam tempat penyimpanan barang di bahagian penumpang telah hilang dan dia berpatah balik ke Taman Sejahtera untuk mencari lelaki terbabit.
"Pemandu lori itu menemui lelaki berkenaan di kawasan padang berhampiran rumah kedai dan berlaku pertengkaran antara mereka apabila telefon bimbit yang hilang ditemui bersama mangsa," katanya.
Rusli berkata berlaku pergelutan dan beberapa lelaki yang berada di kawasan itu turut memukul mangsa dan pada masa yang sama seorang individu bertindak merakam kejadian tersebut menerusi telefon bimbit yang kemudiannya memuat naik rakaman itu di laman sosial.
Katanya susulan kejadian itu, polis menahan pemandu lori terbabit di sini bagi membantu siasatan.
"Kami juga sedang mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan dan saya minta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes itu menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya.
Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak bertindak di luar batasan sehingga mencederakan orang lain biar pun mengesyaki mereka melakukan jenayah.
"Kita menghargai tindakan orang awam (yang mahu menangkap penjenayah), tetapi jangan bertindak sewenang-wenangnya sehingga melampaui undang-undang. Sepatutnya jika berlaku sebarang kejadian jenayah tangkap dan serah kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. - BERNAMA
Puas hati korng die dh mati..bodoh..polis ada.
ReplyDeleteTak patut la nk belasah sampai mati. Setakat curi phone then dpt balik tu. Serah je la dekat polis. Dh nama manusia, berperikemanusiaan la. Astaghfirullahal'adzhim..
ReplyDeleteTak patut dibuat mcm tu...kesian
ReplyDeletePemandu lori tu Cina kew Melayu?
ReplyDeletekalau saya cina ka kalau saya melayu ka,kalau saya india ka,saya tetap suka sama lu woo...lu manyak cantek ooo amoi... lu pakai itu fair and lovely ka?? mau kawin sama saya ka??
DeletePemandu tu cina kot
Deleteasri: wakakakakaka
DeleteKalau melayu kenapa dan kalau cina kenapa? Lu takda kerja lain ka??
Deletesemua benda nak kaitkan dengan bangsa..cibai la lu cindy
dia talak mati woo idup lagi dalam siasatan polis..
DeleteBodoh la driver lori ni.. nk pkul pun agak2 la..
DeleteCindy kahwin sama wa la.. wa talak racism punya olang
DeleteApalaaa nak jadi kat malaysia ni..
ReplyDeleteYess.. mmg dia buat salah..
Yess.. dia mencuri..
Barang dah dapat balik kan..
Angkut dia gi balai.. senang.. bukan buat hukuman sendiri..
Pembunuh!!!
ReplyDeleteUndang2 kan ade.. polis pun ada.. tak patut buat sampai mati..
ReplyDeleteBetul ke dia mati? ke dia pengsan? Nampak macam nak buat issue perkauman lagi aja nie
ReplyDeleteBagi serik dah la...knpa sampai membunuh..
ReplyDeleteHam kaa chan lo apek...lo sudah ikat ito ubi..lo lg mao pukoi samai lo lampha mana taroh...kaa ni ne..dia sudah curi lo handphone...lo angkat dia p balai maa tailo...pondak mainak..
ReplyDeleteaik? korg bekap cine ke? klau melayu apa korg buat?
ReplyDeletePaling bagus untuk layan pencuri adalah dgn pukul curi dia...dia berjaya lepas curi brg kita,dia 'untung besar' kata P.Ramlee & kita yg kena curi tetap rugi besar biarpun kita cuma tangkap & serah pada polis @ belasah dia(ikut undang2 pencuri)....kerana serah dia dgn polis mesti ada bukti dia pencuri @ tidak...so kena serah dgn barang bukti contoh Hp kita dah jadi bahan bukti,sedangkandlm waktu yg sama kita sgt memerlukan Hp kita........susah2 belai je Pencuri biar negara kita jadi tumpuan pelancong pencuri!!
ReplyDeletealopz....potong terus tangan sape2 yg mencuri.. dekat tmpt kejadian... janji ada saksi.. saksi -saksi kasik masuk muka dalam bukti rakaman..syarat saksi dewasa waras tidak gila.. sudah cukup kot.. ini kan malaysia.. melayu cina india sikh sabah sarawak semua boleh jadi saksi ape...pencuri duduk diam2.. bagi je tangan...da mencuri nak merayu kat mahkamah nak kasik ringan kan hukuman pulak? wasalam...
ReplyDeletep/s: sesiape yg trauma lepas jadi saksi.. lepas satu kes tak payah la jadi saksi lagi.. bagi kwn - kwn lain pula jadi saksi ..( -_-)
Jgn ikut perasaan sangat...sekarang tengok apa dah jadi.
ReplyDelete