KUALA LUMPUR, Sept 28 : Jangan biadap dan tolong hormat kontrak sosial yang dimeterai Perlembagaan Persekutuan 1957 yang dirangka untuk tujuan menyelesaikan kepentingan semua kaum di negara ini!
Kalau mana-mana pihak tidak bersetuju dengan undang-undang dan peraturan negara ini mereka ada hak meninggalkan negara ini.
Ini bukan kenyataan menghalau sebaliknya mengingatkan mana-mana pihak tidak berasa selesa di negara ini agar menghormati UMNO dan Barisan Nasional yang menjadi kerajaan di negara inim katanya dalam satu kenyataan menerusi blognya .
Ini amaran Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali AlHabshee sebagai mengulas tindakan terbaru Alvin Tan yang sebelum ini mempersenda bulan Ramadhan memuatnaik perkataan ‘Fuck UMNO’ dalam laman facebooknya.
Alvin Tan turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada beberapa pemimpin tertinggi UMNO termasuklah Perdana Menteri. Dalam statusnya itu Alvin mengatakan Najib sebagai ‘tiada telur’, Zahid Hamidi sebagai ‘penjahat sejati’ dan menyamakan Khalid Abu Bakar dengan pemimpin Nazi, Heinrich Himmler.
Kini Alvin Tan yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia telah melarikan diri ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan perlindungan politik. Sebelum ini Alvin Tan dan teman wanitanya Vivian Lee menghadapi tuduhan bawah Akta Penapisan Akta Hasutan dan Filem Malaysia.
Menurut Syed Ali, tindakan biadap Alvin yang jelas menghina institusi UMNO yang pemimpinnya merupakan Perdana Menteri tidak boleh dibiarkan.
Sehubungan itu, beliau mahukan Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan paling tegas termasuk melucutkan kerakyatan mana-mana pihak yang tidak menghormati undang-undang negara ini.
“Sebagai rakyat Malaysia memang kita ada hak untuk menyuarakan pandangan. Tapi kalau pandangan yang diberikan jelas menghina, menghasut atau tidak menghormati kontrak sosial negara ini memang tidak boleh dimaafkan.
“Tindakan menghina pemimpin negara adalah perbuatan biadap yang tidak boleh dimaafkan. Kementerian Dalam Negeri kena bertindak segera dan hadapkan Alvin Tan ke muka pengadilan. Ini bagi mengelakkan perkara yang sama berulang pada masa depan,” kata Syed Ali.
Sebelum ini kata Syed Ali, Alvin Tan dan pasangannya pernah menghina Islam. Perbuatan itu mengundang kemarahan banyak pihak termasuk wakil rakyat, pemimpin masyarakat, tokoh agama dan pemimpin setempat.
Malah Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail pernah memberitahu ada peruntukan undang-undang yang boleh disabitkan dengan penghinaan ini.
“Tapi apa yang menghairankan kenapa pihak berkenaan masih melengah-lengahkan kes Alvin Tan sehingga melarikan diri ke luar negara? Sepatutnya tindakan tegas sudah diambil dengan membawa anak muda Cina ini ke muka pengadilan.
“Ini bagi mengelakkan dia mengulang semula perbuatan menghina pihak lain atau institusi Perdana Menteri sendiri. Tindakan terbaru beliau yang jelas menghina UMNO dan pemimpin negara seolah-olah mencabar perundangan negara yang lambat mengambil tindakan ke atas dirinya,” katanya.
Syed Ali yang cukup kesal tindakan terbaru Alvin Tan menggesa pihak berwajib agar tidak melengah-lengahkan kes-kes yang jelas menghasut, menghina agama Islam sebagai agama rasmi dan memainkan sentimen perkauman di negara ini.
Pihaknya mahukan, tindakan segera diambil kepada mana-mana pihak yang jelas menghina mana-mana institusi di negara ini termasuk UMNO yang menjadi parti induk kerajaan Barisan Nasional yang memerintah negara.
Beliau juga tidak mahu kes-kes menghina institusi terpenting di negara ini dibiarkan berleluasa dan dibiarkan begitu sahaja kelak boleh mengancam kestabilan dan keharmonian rakyat pelbagai kaum di negara ini.
“Apa yang saya bimbang jika perbuatan menghina agama dan pemimpin negara tidak dibendung akan mengundang kemarahan sesetengah pihak rasa tercabar dan akhirnya boleh mencetuskan pergaduhan kaum,” katanya.
Syed Ali tidak menafikan tindakan sesetengah pihak yang biadap dan kurang ajar kepada institusi terpenting di negara ini disebabkan terikut-ikut rentak pemimpin pembangkang dan media pro pembangkang yang sentiasa memburuk-buruk dan menfitnah pemimpin UMNO.
Katanya, pemimpin UMNO di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa menyemaikan semangat cinta dan kasih sayang kepada negara yang tercinta ini.
Datuk Seri Najib Razak juga sentiasa mengingatkan rakyat negara ini agar saling hormat menghormati dan tidak mencetuskan suasana tidak aman di negara ini. Pada masa yang sama Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa UMNO merupakan parti yang memperjuangkan kepentingan rakyat semua kaum.
Malah UMNO melalui kerajaan Barisan Nasional sentiasa memberikan keadilan kepada semua rakyat di negara ini tanpa prejudis dan sikap pilih kasih. Malangnya ada rakyat seperti Alvin Tan yang jelas tidak menghargai dan menghormati negaranya sendiri. ─ The Malaysian Insider
0 comments:
Post a Comment