Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 30, 2014

No Comment

PETALING JAYA – Dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipanggil Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menjelaskan isu berhubung pemecatan Tan Sri Abdul Khalid daripada parti itu.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung parti, Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan memberi keterangan di ROS, Putrajaya pada Rabu.

Kedua-duanya akan ditemani peguam, Ragunath Kesavan di mana temujanji ROS dengan Saifuddin ditetapkan pada pukul 2 petang, manakala Dr Wan Azizah pula pada pukul 2.30 petang.

Ragunath ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara itu dan memaklumkan tarikh dan waktu berkenaan dipersetujui pihak terbabit.

“Surat ROS memanggil kedua-dua pemimpin PKR itu diterima lebih awal dan atas kesibukan masing-masing tarikhnya dipinda dan akhirnya dipersetuji untuk diadakan esok (Rabu),” katanya.

Sebelum ini, ada aduan dikemukakan terhadap Lembaga Disiplin dan Majlis Pimpinan Pusat Keadilan berhubung keputusan memecat bekas Menteri Besar Selangor itu.

Bulan lalu, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dipanggil ROS untuk menyediakan laporan mengenai tarikh Khalid dipecat, komposisi Lembaga Disiplin parti itu dan buku kehadiran ahli jawatankuasa pusat PKR yang hadir semasa keputusan pemecatan dibuat. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment