Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 29, 2014

No Comment

SYDNEY – Operasi untuk mencari pesawat Penerbangan Malaysia MH370 di dasar laut memasuki fasa baharu dengan penyertaan dua kapal pakar, hampir tujuh bulan selepas jet berkenaan hilang

Pesawat MH370 itu hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu dengan 239 penumpang dan sehingga kini Boeing 777-200 itu tidak dapat dikesan walaupun usaha untuk mencarinya di udara dan laut dilakukan dengan secara meluas.

Sejak beberapa bulan lalu juga pihak berkuasa sudah pun menggunakan data teknikal untuk memfokuskan usaha pencarian di Lautan Hindi dan sejauh Australia Barat di mana pesawat berkenaan menghantar ‘hand shake’ terakhirnya melalui satelit.

Usaha itu diketuai Australia di mana pesawat terbabit dipercayai terhempas selepas beralih haluannya dengan secara misteri, menyebabkan usaha untuk mencari menjadi bertambah sukar, kadangkala terkeliru dengan petunjuk baru yang terus mengecewakan anggota keluarga mangsa.

Menurut Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), fasa terbaru bermula awal Oktober membabitkan dia kapal – ‘Fugro Discovery’ dan ‘GO Phoenix’ yang dilantik oleh Malaysia – bagi menghantar sistem sonar canggih kira-kira 5,000 meter di bawah paras laut bagi menjalankan usaha mencari di dasar laut dengan menggunakan gelombang bunyi.

Jurucakap ATSB Peter Foley berkata sistem itu, yang disambungkan ke kapal berkenaan oleh kabel tunda sehingga 10 kilometer panjang, diprogramkan untuk mengesan bahagian terbesar daripada pesawat terbabit yang dijangka masih belum berkecai, seperti enjin, peralatan untuk mendarat dan badan pesawat.

Katanya, sekiranya ada sesuatu yang tidak normal, kapal berkenaan akan kembali ke kawasan yang dicari itu dan mengemudikan alat pengesan berkenaan dengan lebih perlahan serta lebih dalam dan menggunakan kamera untuk melihat di dalam dasar laut.

Foley berkata beliau agak optimistik bahawa usaha pencarian di dasar laut itu akan berjaya, tetapi mengakui bahawa keadaan agak mencabar bagi pasukan mencari di lokasi terpencil dan belum pernah diterokai.

Di permukaan air, kapal dan krunya beroperasi dalam cuaca sejuk, angin kuat dan laut bergelora dengan ombak membadai setinggi 12 meter.

Di dasar laut pula, pasukan itu berusaha untuk mencari di permukaan tidak rata yang sebelum ini dicapai dengan menggunakan data satelit terhad.

“Melihat pada keadaan di mana gerakan mencari itu akan dilakukan, saya menjangka ia akan menjadi cabaran luar biasa,” kata Foley.

Fasa baru itu disusuli dengan pemetaan kira-kira 110,000 kilometer persegi kawasan dasar laut yang terpencil sejak Mei lalu oleh kapal China, ‘Zhu Kezhen’ dan kapal yang dilantik Australia, ‘Fugro Equator’. – AFP

0 comments:

Post a Comment