KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan komuniti, Firefly, melanjutkan tempoh tempahan RM77 bagi lapan laluan sehingga 7 malam esok sempena jualan ulang tahunnya.
Menurut kenyataan syarikat itu, tambang promosi itu membabitkan laluan dari Pulau Pinang ke Langkawi, Pulau Pinang-Kuantan, Pulau Pinang-Subang dan Pulau Pinang-Kota Bharu.
Penumpang dari Johor Baharu ke Kota Baharu dan dari Subang-Kota Baharu, Subang-Pulau Pinang, Subang-Johor Baharu, Subang-Alor Setar, Subang-Kuala Terengganu dan Subang-Langkawi, juga boleh menikmati tambang promosi itu.
Firefly berkata 200,000 tempat duduk disediakan untuk tempoh perjalanan dari 16 April hingga 28 Mac tahun depan.
“Tawaran ini hanya untuk tempoh yang terhad. Pengguna dinasihatkan merancang percutian mereka serta-merta,” kata syarikat penerbangan bajet itu, anak syarikat milik penuh Malaysia Airlines.
Selain Malaysia, Firefly juga terbang ke destinasi Indonesia, Singapura dan selatan Thailand. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment