Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 30, 2014

No Comment


PETALING JAYA: Pelakon Lana Nodin berharap fotonya bersama seorang pemuda bertatu yang dimuat naik di Instagram tidak dijadikan isu besar.

Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin, 35, berkata, dia terkejut apabila foto yang dimuat naik itu menjadi perbualan hangat pengikut-pengikutnya yang menyifatkan lelaki tersebut tidak layak menjadi kekasihnya kerana mempunyai tatu pada lengan.

"Pertama sekali, lelaki itu bukannya kekasih saya pun dan dia hanyalah jurulatih terjun udara (skydive) saya.

"Dia seorang lelaki berkacukan Amerika - Korea dan saya rapat dengannya. Tetapi tidaklah sampi menjalinkan hubungan yang serius, " katanya yang dihubungi mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp di sini pada pagi Isnin.

Lana kini sedang bercuti di negara Jepun selain mengambil kursus terjun udara di negara tersebut.

Pada Ahad, Lana telah memuat naik foto bersama seorang pemuda kacak di Instagram miliknya.



Foto tersebut mengundang kekecohan di kalangan pengikut-pengikut Lana selepas melihat lelaki  berkenaan mempunyai tatu dan tidak layak untuk menjadi kekasihnya. Bagaimanapun ada juga yang mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

Sementara itu, Lana berkata, dia enggan mendedahkan identiti lelaki itu memandangkan foto tersebut telah mengundang kekecohan.

Malah Lana terpaksa membuang foto tersebut daripada laman Instagram kerana dia risau kekecohan tersebut mungkin boleh mengundang perasaan kurang senang individu itu.

Dalam pada itu, pelakon drama Cinta Ibadah ini berasa teruja apabila hasratnya mahu menyertai aktiviti terjun udara bakal  tercapai.

Beritahu Lana, dia kini sedang menjalani latihan di terowong angin (wind tunnel)  sebelum melakukan aktiviti terjun udara yang sebenar. - mStar

0 comments:

Post a Comment