KUALA LUMPUR, 29 SEPT 2014: Pelakon dan pengarah Afdlin Shauki telah bertolak ke Mekah hari ini bagi menunaikan ibadah haji.
Menurut Afdlin, dia mohon maaf kepada semua peminat dan juga insan yang mengenali dirinya sekiranya ada salah silap yang dilakukan secara tidak sedar.
“Saya mohon maaf kepada semua, mudah-mudahan saya memperoleh haji mabrur di sana. Saya tidak kesorangan menunaikan haji, saya pergi bersama dengan ibu saya, Fadilah Jailani,” katanya kepada Murai di Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Seniman ke-14 di Finas.
Tambah Afdlin, perancangan ke tanah suci Mekah telah lama di rancang namun dia membuat rayuan kepada pihak Tabung Haji. Ini disebabkan keadaan ibunya yang tidak sihat akibat angin ahmar.
“Saya buat rayuan agar dipercepatkan permohonan saya untuk ke Mekah. Alhamdulilah rayuan saya diterima memandangkan kuota ke tanah suci adalah terhad dan mengunakan sistem giliran yang diuruskan oleh Tabung Haji,” katanya.
Ketika ditanya, adakah Afdlin akan berhenti menguruskan kerja-kerja seni setelah pulang dari Tanah Suci? Dengan tenang dia menjawab, dia akan teruskan kerjayanya bergantung kepada keadaan dan karya yang ingin dihasilkan. ─ Murai.com.my
0 comments:
Post a Comment