Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 30, 2014

No Comment
Pengerusi Jawatankuasa Perubatan Majlis Olimpik Asia (OCA), Tan Sri Dr M Jegathesan
INCHEON: Pengerusi Jawatankuasa Perubatan Majlis Olimpik Asia (OCA), Tan Sri Dr M Jegathesan berkata terdapat tiga jenis punca kegagalan utama seseorang atlet itu dalam ujian doping.

Menurut Jegathesan yang juga bekas jaguh olahraga negara di era 60-an dengan gelaran 'Flying Doctor', sebanyak 1,900 ujian doping sudah dijalankan ke atas atlet yang bertanding di edisi ke-17 Sukan Asia di sini setakat ini.

Hasilnya sehingga hari ini, tiga atlet dan terbaru atlet wushu negara, Tai Cheau Xuen sudah pun 'tertangkap' kerana gagal melepasi ujian yang dianggap biasa buat ahli sukan bagi mengesan mereka melakukan penipuan.

Jegathesan berkata, ada kes yang membabitkan penipuan serius dengan menggunakan 'pil magis' kerana menjangka ia akan membantu mereka mencatat kemenangan.

"Selain itu, ada juga atlet yang dipaksa oleh jurulatih mereka untuk menggunakan bahan perangsang.

"Dan ketiga ada atlet yang terperangkap kerana 'kedegilan' mereka untuk mengambil ubat dan rawatan untuk kecantikan tubuh badan," katanya.

Dua atlet yang turut gagal ujian doping ialah pemain bola sepak Tajikistan, Khurshed Beknazarov dan pemain soft tenis Kemboja, Yi Sophany.

Sophany dalam pada itu membuat pengakuan kepada OCA dia mengambil sibutramine sebagai salah satu rawatan untuk kecantikan, kata pegawai rasmi sukan di negara itu.

Begitupun, kata Jegathesan , OCA dikatakan tidak akan terpengaruh dengan sebarang alasan dan mematuhi sepenuhnya peraturan Agensi Anti Dadah Dunia (WADA) dan senarai bahan perangsang terlarang.

Jegathesan berkata dalam dua kes sebelum ini, mereka dilaporkan tidak mengambil bahan itu dengan niat.

"Saya tidak fikir ada sebarang niat untuk menggunakan dadah ini untuk menipu," katanya.

"Begitupun, kami tidak boleh membuat pengecualian kepada peraturan ini atas dasar simpati. Kami memiliki kerja untuk dibuat iaitu melindungi atlet yang bersih," katanya.

Menurut OCA, sampel yang diambil daripada Cheau Xuen selepas atlet berusia 24 tahun itu memenangi emas pertama Malaysia diuji mengandungi bahan terlarang iaitu sibutramine.

Sehubungan dengan itu, pingat emas yang dimenangi Cheau Xuen ditarik balik kerana penyertaannya secara serta merta dibatalkan.

Begitupun, Ketua Kontinjen Negara di Incheon, Datuk Danyal Balagopal Abdullah berkata pihaknya akan membuat rayuan ke atas keputusan itu. - AFP

0 comments:

Post a Comment