Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 27, 2014

No Comment
Gambar hiasan

Putrajaya: Mengejutkan apabila lebih 600 rumah pengasuh tidak berdaftar dikesan beroperasi di sini, sekali gus mengundang kebimbangan ramai pihak terutama yang mempersoalkan kualiti perkhidmatan pengasuh bayi yang ditawarkan.

Kebimbangan itu disuarakan Persatuan Pengusaha Taska Tadika Putrajaya (PUSPAJAYA) selepas melihat berlaku peningkatan kematian bayi di rumah pengasuh, di sini yang pada tahun ini saja, lapan kematian direkodkan berbanding lima kes tahun lalu.

Presiden Puspajaya Husna Abdul Rahaman berkata, pihaknya bimbang perkembangan itu, malah tidak mahu kes kematian terus meningkat di pusat pentadbiran kerajaan ini.

Beliau berkata, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia menawarkan pertolongan kepada pemilik rumah pengasuh itu mendaftarkan rumah pengasuh masing-masing.

“Kami sedia membantu mereka berdaftar dengan JKM".

Kebanyakan pengasuh mengambil jalan mudah serta tidak mempedulikan undang undang.

“Sebelum memeriksa ke rumah pengasuh berkenaan, kami mengadakan beberapa bengkel untuk beri pendedahan kepada mereka selain turut mengedarkan borang pendaftaran,” katanya ketika ditemui selepas menyertai operasi mengesan rumah pengasuh tidak berdaftar di sini, semalam.

Operasi sama turut disertai lima pegawai JKM diketuai Pegawai JKM Putrajaya Mohd Fazli Abdul Rahman dan Penolong Pegawai JKM Putrajaya yang juga Pegawai Diberi Kuasa Taska, Norliza Abu Bakar.

Dalam operasi bermula jam 11 pagi hingga 12.30 tengah hari itu, 17 rumah pengasuh dilawati dan diperiksa.

Sebanyak 12 daripadanya diberi surat peringatan kerana tidak berdaftar dengan JKM.

Sementara itu, Norliza berkata, pemeriksaan rambang dilakukan pihaknya mendapati kebanyakan pengasuh di rumah yang beroperasi di sekitar Presint 11 tidak berdaftar dengan JKM serta tidak terlatih.

“Mereka yang tidak berdaftar akan diberi surat peringatan kali pertama dan surat peringatan kali kedua akan diberikan jika tidak mendaftarkan rumah pengasuh masing-masing dalam tempoh tujuh hari.

“Jika masih tidak memberi kerjasama, kami akan menghantar lagi surat peringatan kali ketiga dan akan dikenakan kompuan sehingga RM5,000.

Malah, mereka juga boleh didakwa di mahkamah bawah Seksyen 6, Akta Taman Asuhan Kanak Kanak,” katanya.

Sumber - myMetro

0 comments:

Post a Comment