Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 28, 2014

No Comment


TUMPAT- Membiasakan diri menggunakan kerusi roda bukanlah satu perkara mudah, namun bagi bekas buruh, Osman Yaakub, 49, namun setelah tiga tahun mengendalikan kerusi berkenaan, pergerakannya kini lebih lancar.

Lebih menyedihkan, bapa kepada empat anak tersebut tinggal di rumah kayu usang dan kini dia menyatakan hasrat mahu rumah berkenaan dibaik pulih.

“Sebelum ini, kereta yang saya pandu terbalik dalam satu kemalangan sejak tujuh tahun lalu dan ia memberi kesan kepada tulang belakang.

“Pada tiga tahun lepas, saya menjalani pembedahan memasang skru pada tulang belakang, tambahan pula mengalami penyakit kencing manis menyebabkan kaki saya lumpuh,” katanya semasa Program Lawatan Sinar Harian Kelantan Bersama Puteri Umno dan Farmasi,
Kels International (M) Sdn Bhd, di Kampung Simpangan, Pengkalan Kubor, di sini.

Turut hadir, Naib Ketua Puteri Umno, Zahida Zarik Khan; Ketua Puteri Umno Kelantan, Marzuani Ardilla Arifin; Timbalan Pengurus Besar Yayasan Kemiskinan Kelantan, Mat Tamizi Che Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif Kels, Datuk Dr Mohd Asri Mejah; Ketua Pembangunan
Perniagaan Kels, Afrizam Drawi @ Md Arif dan Pengurus Sinar Harian Cawangan Kelantan, Surena Mohd Noor.

Isterinya, Zaleha Ibrahim, 42, kini terpaksa memikul tanggung jawab mencari nafkah dengan menjadi pembantu kedai makan berdekatan rumah memandangkan Osman kini tidak mampu bekerja dan mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200
sebulan.

“Saya berharap anak-anak akan mendapat pelajaran yang baik dan jika rumah satu bilik ini dibaiki, saya percaya mereka lebih selesa dengan keadaan itu,” katanya yang mempunyai tiga anak sekolah, Siti Asmida Osman, 13 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Simpangan dan dua lagi di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpangan, Mohd Azman, 11 serta Nor Arina, 8, manakala Siti Nur Afikah, 20-an, meniaga pakaian.

Sementara itu, Dr Mohd Asri berkata, berdasarkan pemeriksaan kesihatan, Osman mengalami sakit kencing manis komplikasi pada saraf dan jangkitan kuman dan sekarang dia tidak boleh berjalan.

“Kels memberikan suplemen ‘Active It’ bagi membantu sistem saraf dan menambah tenaga, manakala ‘Nutri Biotik’ untuk mengawal gula dalam darah dan meningkatkan imuniti tubuh serta membantu pembuangan toksin dalam badan.

“Sabun berubat ‘Soaphe’ pula diberikan bagi mengubati kulit penderita kencing manis yang sensitif terhadap jangkitan kuman,” katanya. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment