Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, September 27, 2014



Seremban – Seorang bomoh dihadapkan secara berasingan di Mahkamah Sesyen dan di dua Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan melakukan seks dengan menggunakan objek, kelucahan melampau dan mencabul kehormatan seorang pelanggan wanitanya.

Selain itu, isterinya turut dihadapkan ke mahkamah sama terhadap dua pertuduhan bersubahat atas perbuatannya itu.

Pasangan terbabit, Mohd Rashid Mohd Din, 59, dan Noralia Daie, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ke atas semua pertuduhan.

Di Mahkamah Sesyen, Mohd Rashid didakwa melakukan hubungan seks menggunakan objek dengan pelanggannya di sebuah rumah di Gedung Lalang, Ampangan, di sini antara jam 2.30 petang dan jam 7 malam, 20 September lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika disabitkan. – myMetro Online

0 comments:

Post a Comment