Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 26, 2014

No Comment

25 MEI : Malaysia sekali lagi gagal menjulang Piala Thomas dalam penantian 22 tahun selepas tewas 3-2 kepada Jepun dalam perlawanan peringkat akhir kejohanan badminton Piala Thomas yang berlangsung di Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi, India.

Seperti diduga jaguh no.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan ramai apabila mudah menewaskan Kenichi Tago 12-21, 16-21 dalam perlawanan pertama dengan masa 50 minit.

Bagaimanapun, pasangan negara Tan Boon Heong dan Hoon Thien How tewas kepada beregu no.4 dunia Kenichi Hayakawa dan Hiroyuki Endo biarpun bermula garang di pusingan pertama dengan mencatat 21-12, sebelum gandingan Jepun itu bangkit di set kedua dan ketiga sekaligus menamatkan saingan dengan keputusan 12-21, 21-17, 21-19.

Sementara itu, seorang lagi perseorangan Malaysia, Chong Wei Feng pemain no. 27 dunia terpaksa akur dengan ketangkasan pemain berusia 19 tahun, Kento Momota apabila dia tewas straight set 21-15, 21-17.

Malaysia kemudiannya berjaya menghidupkan peluang untuk memburu Piala Thomas selepas Goh V Shem dan Tan Wee Kiong menyumbang mata kedua dengan menumpaskan pasangan ke-13 dunia Jepun Keigo Sonoda dan Takeshi Kamura 21-19, 17-21, 12-21.

Saingan semakin mendebarkan ketika penentuan juara terletak kepada pemain perseorangan ketiga kedua-dua negara, Liew Daren dan Takuma Ueda.

Harapan menggunung skuad Malaysia untuk membawa pulang Piala Thomas dilihat pudar apabila kesilapan demi kesilapan dilakukan oleh ketua pasukan negara itu sehingga mudah tewas 21-12 pada set pertama.

Namun, Daren berjaya bangkit di set kedua dengan 21-18.

Bersambung di set ketiga, permainan lebih sengit namun segala-galanya dibuat oleh Daren masih gagal untuk menyekat kemaraan Ueda dan tewas 21-17.

Kekalahan itu sekaligus membenarkan Jepun muncul buat pertama kali menjuarai Piala Thomas.

Meskipun kalah dalam perlawanan yang mengambil masa enam jam ini namun skuad negara berjaya melepasi sasaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk mara sehingga ke separuh akhir Kejohanan Piala Thomas 2014.

Kali terakhir Malaysia menjuarai Piala Thomas iaitu pada 1992.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan akhir:-

Kenichi Tago lwn Datuk Lee Chong Wei: 12-21, 16-21
Kenichi Hayakawa / Hiroyuki Endo lwn Tan Boon Heong / Hoon Thien How: 12-21, 21-17, 21-19
Kento Momota lwn Chong Wei Feng: 21-15, 21-17
Keigo Sonoda / Takeshi Kamura lwn Goh V Shem / Tan Wee Kiong: 21-19, 17-21, 12-21
Takuma Ueda lwn Liew Daren: 21-12, 18-21, 21-17.

Sumber: BNBBC / My News hub

0 comments:

Post a Comment