Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 27, 2013

8 comments
Penceroboh Bersenjata Sulu Masih Ingkar


TANJUNG LABIAN (Lahad Datu) – Polis bersedia untuk menamatkan pencerobohan yang melibatkan kumpulan Sulu di kampung Tandou, kira-kira 165 kilometer dari sini, apabila penceroboh bersenjata pada saat akhir tidak mempedulikan cubaan pihak berkuasa Malaysia dan Filipina untuk membawa mereka meninggalkan Sabah dengan aman.
Kumpulan itu yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, yang mendakwa merupakan saudara kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, masih ingkar dan menolak permintaan terbaru oleh Presiden Filipina, Benigno Aquino dan wakil Malaysia walaupun tiga tarikh akhir diberikan kepada mereka telah dilanjutkan, di mana yang terakhir berakhir pada Selasa.
Dalam perbualan telefon dengan The Star, Azzimudie berkata, kumpulan itu bersedia untuk menghadapi serangan.
“Kami baik sahaja. Kami menjangkakan angkatan bersenjata Malaysia akan membuat serangan pada hari ini (Selasa). Kami sedia untuk mempertahankan diri, kami tidak takut,” katanya.
Ditanya mengapa memikirkan bahawa kumpulan itu akan diserang, beliau menjawab: “Kerana ditunjukkan di televisyen dan di radio bahawa tarikh akhir telah tamat. Kami tidak takut kerana kami tahu adalah benar. Ini adalah tanah kami.”
Ditanya sekiranya beliau tidak takut berikutan hanya mempunyai seramai 30 lelaki bersenjata, Azzimudie berkata: “Kami sudah bersedia, kami sedang menunggu. Kami tidak akan menyerang (tetapi) kami akan mempertahankan diri kami.”
Azzimuddie yang juga berhubung dengan saudaranya menerusi telefon, telah menyatakan bahawa beliau hanya akan mengambil pesanan daripada Jamalul Kiram.
Sementara itu, setiausaha agung kesultanan yang diperkatakan, iaitu Abraham Idjirani berkata, kumpulan itu menolak rayuan Aquino untuk kembali ke Filipina.
Setelah membiarkan pasukan Sulu mengepung selama hampir tiga minggu, pasukan keselamatan Malaysia, yang menunggu untuk mendapatkan satu perintah untuk menangani kumpulan bersenjata itu, dengan tampil di beberapa lokasi strategik di dalam dan di luar sekitar perladangan Felda pada Selasa.
Kerajaan dan pasukan perubatan tentera bersiap sedia bagi menunggu lampu hijau untuk mengusir kumpulan Sulu.
Ditanya sama ada langkah menentang penceroboh Sulu akan dibuat dalam tempoh 24 jam yang akan datang, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata: “Mungkin. Kami bersedia untuk menamatkan pencerobohan ini.” – mStar

8 comments:

  1. poyo la...kalau penceroboh rumah pun kita berhak "bertindak" untuk pertahan diri...ni kan pula penceroboh negara. takkan nak tunggu PRU kot...halau la cepat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodoh..ko ingt rumah tu sama ke ngan negara??..bodoh btl.ni melibatkan antabangsa bai..klu pencuri ceroboh umah ko.rakyat malaysia yg lain x amik peduli pun.bodoh melantun2.

      Delete
  2. Kau cakap: Bodoh..ko ingt rumah tu sama ke ngan negara??..bodoh btl.ni melibatkan antabangsa bai..klu pencuri ceroboh umah ko.rakyat malaysia yg lain x amik peduli pun.bodoh melantun2.
    Jadi biarlah orang luar masuk dengan siap bersenjata. Tentera kita tengok saja. Pada saya ini kerja bingai. Tak malu dengan dunia luar, macam bacul. Perlu tunjuk contoh yang kalau ada hal pun perlu dibincang, mesti melalui saluran yang betul. Bukan dengan datang bersenjata penuh. Kalau bersenjata, kira nak berperang.
    Atau tentera / polis M'sia memang bacul dan cuma berani tembak budak sekolah (Amirul)..............
    Atau pukul beramai-ramai orang tak bersenjata dan tak melawan (peserta BERSIH)...............

    ReplyDelete
  3. Kau cakap: Bodoh..ko ingt rumah tu sama ke ngan negara??..bodoh btl.ni melibatkan antabangsa bai..klu pencuri ceroboh umah ko.rakyat malaysia yg lain x amik peduli pun.bodoh melantun2.
    Jadi biarlah orang luar masuk dengan siap bersenjata. Tentera kita tengok saja. Pada saya ini kerja bingai. Tak malu dengan dunia luar, macam bacul. Perlu tunjuk contoh yang kalau ada hal pun perlu dibincang, mesti melalui saluran yang betul. Bukan dengan datang bersenjata penuh. Kalau bersenjata, kira nak berperang.
    Atau tentera / polis M'sia memang bacul dan cuma berani tembak budak sekolah (Amirul)..............
    Atau pukul beramai-ramai orang tak bersenjata dan tak melawan (peserta BERSIH)...............

    ReplyDelete
  4. Assalam...jgn reti fikir malu ngan orang jer..dgn Allah xmalu? diorg tu org Islam,ingt senang2 jer nk bunuh,wlaupun asal lain2,Islam ttp Islam...diorg croboh pun xde bunuh org lag,Islam pun ade kaedah sndiri...klau syiah rafidhah tu lain la,dah trkluar akidah...tula org suh pi skolah blajaq,hang pi maen...diam sudah ar,jgn reti mngutuk jer,krajaan adala caranya sndirik...yg jahat tu jahatlh,xsuma org jht...buat dosa sndirik tanggung...

    ReplyDelete
  5. Faham la sesama islam. Tapi faham juga budaya islam ialah dengan muzakarah (berbincang). Kalau dah datang siap dengan senjata, ni bukan untuk berbincang. Ini dah kira mengugut. Dah tu tak nak berganjak. Jadi nak buat apa; asyik je beralah....... Kena pijak kepala je.
    Atau polis M'sia memang bacul dan cuma berani tembak budak sekolah (Amirul)...............
    Atau polis pukul beramai-ramai orang tak bersenjata dan tak melawan (peserta BERSIH)...............
    Buat kerja cam tu tak malu pulak dengan Allah. Sebab disokong kerajaan UMNO / BN M'sia..............
    Lu fikir jelah sendiri.

    ReplyDelete
  6. kalau kes mau'nah kat sauk sekejap jer settle. ni dah berapa lama da... mau tunggu pilihanraya ka mau settle..

    ReplyDelete
  7. polis bacul konon..ko bkn polis,apa ko tau?polis btindak atas arahan drp pihak atasan.yg ddk krusi plg atas siapa?bkn kah melayu?mksd nya spt kata mlayu bacul!yg buat undang2 pun mlayu..ko xmalu ke mgutuk bngsa sndiri?mksd nya ko tu pun BANGSA BACUL..fkr sblm ckp.bkn pakai kpala lutut.

    ReplyDelete