Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, February 23, 2013

No Comment

Empat Sahabat Dijel Lapan Tahun Sebabkan Kematian Rakan Serumah
Empat Sahabat Dijel Lapan Tahun Sebabkan Kematian Rakan Serumah - KUALA LUMPUR : Perbuatan kejam empat individu yang menyiram air panas, membelasah dan membogelkan rakan serumah hingga mendorong gadis itu terjun dari tingkat tujuh sebuah kondominium berbalas apabila mereka dihukum penjara oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Sherill Clarissa Razif, 25, Ellina Mahili, 25, Raja Nur Bahiah Raja Kamaruzaman, 24, dan Huzaifah Kamal, 24, masing-masing dihukum penjara lapan tahun enam bulan.
Kesemua mereka mengaku salah di hadapan Hakim Datuk Mohd. Azman Husin atas tuduhan pilihan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian Nor Shahirah Hassan, 26.
Sebelum ini, pada 15 Februari 2012, mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori tetapi tuduhan itu telah dipinda.
Mohd. Azman mengarahkan Sherill, Ellina dan Huzaifah menjalani hukuman itu bermula dari tarikh ditangkap pada 3 Februari 2012 manakala Raja Nur Bahiah pada 9 Februari 2012.
Mereka didakwa mendatangkan kecederaan tubuh terhadap Nor Shahirah sehingga menyebabkan kematian mangsa di Blok 3-7-7, Kondominium Genting Court, Jalan Genting Klang, Setapak di sini antara pukul 12 malam dan 5 pagi 3 Februari 2012.
Tiga daripada empat tertuduh merupakan rakan serumah mangsa manakala pada waktu kejadian, Raja Nur Bahiah datang untuk membantu mangsa. – Kosmo

0 comments:

Post a Comment