Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 28, 2013

No Comment

Zamboanga City: Seorang pegawai kanan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) semalam menafikan laporan anggotanya bersedia menawan Sabah bagi menyokong pengikut Sultan Sulu yang kini berada di Lahad Datu.

Anggota kanan Jawatankuasa Pusat MNLF, Habib Mujahab Hashim, berkata anggota pertubuhan itu juga tidak diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. “Kami cuma menyokong cadangan penyelesaian secara aman daripada Sultan Jamalul Kiram melalui rundingan bagi menamatkan kebuntuan di Lahad Datu,” katanya kepada media.

Kenyataan Habib Mujahab itu dibuat bagi menafikan kenyataan terdahulu oleh Pengarah Politik MNLF mengenai keadaan di Sabah.

Dalam kenyataan itu, Gapul Hadjirul berkata, MNLF diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga ekoran kemelut di Lahad Datu belum menampakkan penyelesaian. Habib Mujahab berkata, pemimpin tertinggi MNLF juga tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada anggotanya untuk bersiap sedia. “Selain menyokong cadangan penyelesaian melalui rundingan dibuat Jamalul Kiram, MNLF menafikan kenyataan sebelum ini,” katanya.

Menurut Habib Mujahib, mengarahkan anggota MNLF ke Sabah hanya akan merumitkan keadaan. Dia turut menafikan laporan mendakwa MNLF sengaja merangsang Jamalul Kiram supaya menimbulkan tuntutannya ke atas Sabah. Habib Mujahib berkata, MNLF tidak terbabit dengan bekas pegawai kerajaan untuk mensabotaj rundingan damai di antara Manila dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dengan menggunakan isu tuntutan Jamalul Kiram.

The Philippine Star sebelum ini melaporkan, pemimpin utama MNLF, Nur Misuari; bekas penasihat keselamatan, Noberto Gonzales; bekas wakil rakyat Tarlac, Jose Cojuangco dan calon senator, Margarita Cojuangco, sebagai individu yang mempengaruhi Jamalul Kiram

0 comments:

Post a Comment