Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, February 26, 2013

No Comment

Hubungan Syamsul & Yusof Haslam Kini Pulih
Hubungan Syamsul & Yusof Haslam Kini Pulih - Beberapa minggu lalu Mynewshub.my ada melaporkan yang hubungan di antara pengarah muda, Syamsul Yusof dan bapanya, Yusof Haslam sedikit regang gara-gara terdapat perselisihan faham.
Namun, semalam menerusi ruangan BiPop Berita Harian, Syamsul ada menulis yang dia memohon kemaafan di atas segala kesalahannya dengan begitu terperinci sekali.
Dengan tajuk artikel berkenaan ‘Papa Maafkan Aku’, Syamsul ada memberitahu yang dia tidak mampu berkata-kata apabila menatap wajah ayahnya yang semakin dimamah usia.
Sementara itu, Yusof Haslam yang diminta mengulas tindakan anaknya itu, berkata mungkin apa yang berlaku selama ini adalah perselihan faham saja.
“Saya gembira kenyataannya menjelaskan tiada lagi masalah antara kami.
“Ia pengakuan ikhlas anak terhadap ibu bapa dan saya menghormati tindakan beraninya itu,” jelas Yusof yang dipetik dari Harian Metro, hari ini.
Kini segalanya telah selesai, semoga apa yang terjadi ini akan membuatkan hubungan Syamsul dan bapanya semakin erat. – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment