Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 28, 2013

No Comment

KUANTAN: Gian menghidu seluar dalam dan coli wanita menyebabkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun bertindak gila mencuri pakaian dalam berkenaan dari rumah sekumpulan pelajar perempuan di Kampung Selamat, di sini, sejak Januari lalu.

Perkara itu diakui sendiri remaja gila seks terbabit apabila turut mengirim sepucuk ‘surat cinta’ kepada pelajar perempuan berkenaan dengan menyatakan dia meminta maaf di atas perbuatan dilakukan dan memulangkan semula pakaian dalam dicurinya sebelum ini. 
Dalam surat dikirim bersama segumpal pakaian yang dicuri itu, remaja lelaki terbabit tanpa segan silu memaklumkan dia berbuat demikian kerana terlalu gian menghidu pakaian dalam wanita. 

Mangsa, Siti Syahirah Ali, 23, berkata, dia bersama tujuh rakannya yang lain menerima surat berkenaan bersama segumpal pakaian dalam itu yang dipercayai dilemparkan suspek di halaman rumah sewa mereka jam 1 pagi kelmarin.

Katanya, mereka berasa hairan dengan tindakan individu terbabit yang memulangkan pakaian dalam pernah dicuri itu.

"Lebih membingungkan, kandungan dalam surat itu turut menyatakan jika kami berhasrat membuang pakaian dalam berkenaan, dia meminta kami memberikan kepadanya dan berjanji tidak akan melakukan perbuatan itu lagi (mencuri)," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Siti Syahirah berkata, lebih menjijikkan apabila individu yang menghantar surat itu memaklumkan dia mencuri pakaian dalam berkenaan kerana terlalu gian untuk menghidu pakaian itu.

"Di dalam surat itu juga, individu terbabit memaklumkan dia seorang pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah menengah di bandar ini dan tinggal di rumah pangsa Kubang Buaya, di sini.

"Dia juga memaklumkan tindakan memulangkan pakaian dalam dicuri berkenaan kepada kami kerana dimarahi ibunya selepas mengetahui perbuatan sumbangnya," kata pelajar Diploma Kesetiausahaan itu.

Siti Syahirah yang menuntut di sebuah kolej di sini, berkata dia percaya surat itu dikirimkan individu sama yang mencuri seluar dalam dari rumah sewa didiami mereka sebelum ini.
"Kejadian itu berlaku sejak Januari lalu, individu yang melakukan perbuatan berkenaan seakan-akan tidak serik dan berani walaupun laporan sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, bulan lalu.

"Selepas laporan yang kami buat, kereta polis dilihat kerap melalui kawasan ini namun pakaian dalam yang kami sidai di halaman rumah masih hilang," katanya.

Menurutnya, dia dan rakan serumah menganggap apa yang dialami mereka sesuatu yang pelik dan menjijikkan apabila individu terbabit mengaku dia mencuri seluar dalam berkenaan kerana gian untuk menghidunya.

Katanya, mereka kini semakin diselubungi kebimbangan selepas menerima surat berkenaan.

"Individu terbabit mengaku gian menghidu pakaian wanita dalam wanita, orang seperti ini sudah pasti mengalami sakit jiwa.

"Kami bimbang jika dia bertindak lebih buruk daripada apa yang dilakukan sebelum ini," katanya yang bercadang membuat satu lagi laporan polis berhubung kejadian itu.

0 comments:

Post a Comment