Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 27, 2013

One Comment


BUTTERWORTH – Perbicaraan kes wanita Indonesia yang mendakwa dirinya menjadi mangsa rogol tiga anggota polis di Berek Balai Polis Perai di sini pada tahun lalu dikejutkan dengan pendedahan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) air mani dua lelaki tidak dikenal pasti pada seluar dalam mangsa.

Peguam R.S.N Rayer yang mewakili salah seorang tertuduh mendedahkan perkara itu ketika sesi soal balas terhadap wanita berkenaan yang juga saksi utama kes semasa prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen di sini semalam yang masuk hari kedua.

Tiga anggota polis iaitu Koperal Nik Sin Mat Lazim, 33, Konstabel Remy Anak Dana, 25, dan Konstabel Syahiran Romli, 21, menghadapi tuduhan merogol wanita itu di Bilik 4, Berek Balai Polis Perai di sini antara pukul 6.40 pagi hingga pukul 7.30 pagi 9 November 2012.

Pertuduhan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Ketiga-tiga tertuduh juga didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap wanita itu pada tarikh, waktu dan tempat yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 376(1) kanun sama memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

1 comments:

  1. Macam tak biasa kat M'sia. Coverup untuk menjaga nama Polis.
    Kroni baik polis mesti settle kes. Contoh: Shamsul , anak Yusuf Haslam. Memang muka dadah. Kabel baik kroni jadi cek sekali lagi kat Bukit Aman, result negatif.
    Saiful Apek - Lawyer dia cabar equipment calibration, dapat lepas.
    Saya tak nampak apa yang bagus dengan sistem perundangan polis dan penguatkuasa undang-undang M'sia. Bapak saya cakap, "Buat perabis beras aje. Mengabiskan duit aje, keja sambil tidor!"

    ReplyDelete